MASAKAN PARTI BANYAK KATAK MAHU GUBAL UNDANG-UNDANG ANTI-KATAK?

Editorial

6 Mac 2022

Sebagaimana yang didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador, telah berlaku ugutan dakwaan terpilih di samping sogokan habuan terhadap mana-mana ahli parlimen yang sudi lompat ke parti tertentu.

Kenyataan Hamid Bador bukan spekulasi, tetapi telah menjadi realiti apabila Rozman Isli, Ahli Parlimen Labuan, dalam afidavitnya telah mendedahkan bahawa parti Bersatu melalui orang ‘Muhyiddin’ dan pegawai SPRM telah mengugutnya supaya melompat ke parti Bersatu sekiranya tidak mahu diseret ke mahkamah.

Ia merupakan satu pencabulan terhadap doktrin pengasingan kuasa Badan Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman yang menjadi asas kepada amalan demokrasi.

Setakat Dis 2021, sebagaimana disenaraikan di bawah, terdapat 26 Ahli Parlimen yang telah nelompat ke parti Bersatu yang turut membenarkan dakwaan TS Hamid Bador.

Daripada 26 itu, 15 daripada mereka adalah Ahli Parlimen UMNO manakala 11 daripadanya adalah daripada PKR.

Jumlah Ahli parlimen Bersatu adalah 32 semuanya, dan dengan itu 26 (15+11) adalah terdiri daripada mereka yang telah melompat daripada UMNO dan PKR untuk bersama dengan Bersatu.

Tidaklah diketahui kecuali dengan perakuan peribadi mereka sendiri, adakah tindakan mereka melompat itu adalah kerana ugutan dan tawaran habuan?

Sekiranya senarai yang dipaparkan itu tepat, maka jumlah ahli Bersatu yang sebenarnya hanyalah 6 (32-26) sahaja.

Di manakah letaknya kekuatan Bersatu, sehingga TS Muhyiddin menjaja ke sana-sini kekuatan partinya, sekiranya hanya 6 Ahli Parlimen sahaja yang merupakan ahli yang tulen sedangkan yang lain telah dirompak masuk ke dalam Bersatu.

Kebanyakan mereka telah melompat masuk sama ada kerana ugutan dakwaan terpilih ataupun habuan laba, pada ketika Tun Mahathir masih berkuasa sebagai Pengerusi Bersatu.

Muhyiddin juga pernah disiasat kerana rakaman audio yang mirip suaranya yang menawarkan habuan jawatan GLC kepada pemimpin UMNO yang mahu menyokongnya.

Sewajarnya pemimpin begini hendaklah didakwa di mahkamah kerana telah menodai doktrin pengasingan kuasa sebagaimana didakwa oleh Hamid Bador.

Lantas dengan itu, adakah orang seperti Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu boleh diharap untuk melaksanakan penggubalan Undang-Undang Anti-Lompat Parti, sedangkan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang adalah orang Bersatu?

Hakikatnya dalam partinya sendiri penuh dengan katak-katak politik yang mungkin diugut atau mungkin juga kerana tawaran habuan laba yang dikatakan bernilai RM10 juta setiap seorang.

Lantas, dengan kuasa yang ada pada PN yang didominasi oleh Bersatu dalam kerajaan sekarang, adakah boleh diharap pelaksanaan penggubalan undang-undang Anti-Lompat Parti?

Tindakan melompat parti diterjemahkan sebagai pencabulan kepada mandat yang diberikan oleh rakyat ketika ahli-ahli politik ini memenangi PRU, khususnya pada PRU14 yang lalu.

Data dikemas kini pada 19 Jan 2022. (Sumber https://www.parlimen.gov.my/statistik.html?uweb=dr&)

Sekiranya mereka tidak melompat parti, pastinya BN-UMNO memiliki Ahli Parlimen yang paling besar jumlahnya iaitu 56 diikuti oleh PKR 47.

Nampaknya parti ciput seperti Bersatu hanyalah parti hipokrit yang hanya pandai merompak ahli-ahli parlimen daripada parti lain.

Dengan kehadiran PRU15 nanti, pasti katak-katak politik ini akan kehilangan kerusi parlimen kerana rakyat nampaknya masih melihat Bersatu sebagai komponen PH yang telah membohongi mereka dengan janji-jani palsu serta fitnah semasa PRU14.

Tujuh PRK sebelum tumbangnya PH, dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat telah menarik balik mandat yang mereka berikan kepada Bersatu mahupun PH setelah PH dan Bersatu kalah teruk.

Hakikat ini diperjelaskan lagi pada PRN Melaka dan PRN Sarawak.

Lantas adakah boleh diharap pada Bersatu yang mendominasi PN untuk menggubal Undang-Undang Anti-Lompat Parti?

Malahan dalam manifesto Bersatu-PN di PRK Johor, tiada sepatah ayat pun yang menyebut bahawa mereka menyokong penggubalan Akta Anti-Lompat Parti, tidak seperti UMNO-BN serta sokongan kuat PKR terhadap akta tersebut.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: