KATAK POLITIK YANG TIDAK LAGI RELEVAN DIGESA BERSARA

Azmin dituduh bertanggungjawab mengepalai 11 ahli parlimen PKR untuk berpaling-tadah menyokong Bersatu pada 2020 sehingga menyebabkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang. Walau bagaimanapun Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa dan PRN Selangor nanti akan memperlihatkan adakah Azmin masih relevan untuk terus aktif dalam arena politik negara. Kenyataan Azmin untuk ‘berehat’ pastinya akan mengecewakan pula pemilih di DUN Bukit Antarabangsa yang telah memberikan mandat kepadanya, kecualilah mereka juga telah hilang kepercayaan kepada Azmin.

TUN M, TS MUHYIDDIN DAN TS HADI SEDANG KEPANASAN MENUNGGU MASA DIHERET KE MAHKAMAH

Hari ini, setelah Anwar berkuasa, baik Tun Mahathir, TS Hadi Awang, mahupun TS Muhyiddin Yassin, masing-masing kepanasan untuk bersilat dan menepis tuduhan setelah SPRM dengan beraninya menjalankan tugas tanpa mengira bulu, kedudukan pangkat, serta kuasa politik. Lantas, senario yang terlihat lebih banyak memaparkan hipokrasi pemimpin politik dalam gejala membolot kuasa dan wang ringgit. Ramai yang masih tertanya-tanya adakah DS Najib Razak yang mempelopori ‘bantuan kewangan’ kepada rakyat miskin wajar dipenjarakan jika inilah hakikat hipokrasi pemimpin yang suka melihat dia merengkok dalam bilik sempit itu? DS Najib bagi mereka adalah ‘perompak lanun’, sebaliknya mereka adalah ‘pemimpin prihatin rakyat dan pengundi’ yang suka bersedekah dan berhemah dalam perbelanjaan dana negara.

UMNO-BN PENENTU KUASA PEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN

Dalam bahasa politik, BN-UMNO adalah ‘The King-Maker’ yang memadamkan dakwaan PAS sebelum ini, bahawa merekalah yang akan membawa fungsi sedemikian. UMNO khususnya telah membawa peranan ‘King -Maker bukan sahaja selepas PRU15, malah sebelumnya semasa kerajaan PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir yang diterjemahkan dan diperakui Tun sendiri bahawa dia adalah pemimpin ‘boneka’ DAP. Dalam kemelut masyarakat Melayu-Islam, ramai yang menterjemah DAP sebagai parti anti-Melayu-Islam, namun rakyat harus sedar bahawa legasi Lim Kit Siang sudah mula cair. Anthony Loke bukan Lim Guan Eng, anak pemimpjn cauvinis Cina Lim Kit Siang.

BUATLAH PRU15 MASA BANJIR ATAU SELEPAS BANJIR, BN TETAP MENJADI PILIHAN MAJORITI RAKYAT

Apa-apa pun, baik kerajaan ‘tebuk atap’, ‘kerajaan katak’ atau ‘kerajaan gagal’ tidakkah mesej yang cuba disampaikan ialah supaya kerajaan ini dibubarkan dan kerajaan yang dibina oleh prinsip dan doktrin demokrasi ditegakkan dengan segera? Sebagaimana kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, TS Abdul Rashid Abdul Rahman, kerajaan ‘tebuk atap’ yang didirikan oleh TS Muhyiddin Yassin melalui komplot Langkah Sheraton, tidak diiktiraf dunia kerana ia bukan ditegakkan melalui amalan demokrasi iaitu kerajaan pilihan rakyat.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: