KATAK POLITIK YANG TIDAK LAGI RELEVAN DIGESA BERSARA

Azmin dituduh bertanggungjawab mengepalai 11 ahli parlimen PKR untuk berpaling-tadah menyokong Bersatu pada 2020 sehingga menyebabkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang. Walau bagaimanapun Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa dan PRN Selangor nanti akan memperlihatkan adakah Azmin masih relevan untuk terus aktif dalam arena politik negara. Kenyataan Azmin untuk ‘berehat’ pastinya akan mengecewakan pula pemilih di DUN Bukit Antarabangsa yang telah memberikan mandat kepadanya, kecualilah mereka juga telah hilang kepercayaan kepada Azmin.

DILEMA KEBIJAKSANAAN UMNO MEMILIH RAKAN GABUNGAN, PH ATAU PN

Apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific yang diura-urakan sebagai menentukan kata putus membentuk kerajaan baharu, ramai yang terkejut kerana selama ini disangkakan UMNO amat tegar dengan prinsip “No Anwar, No DAP’. Namun ia merupakan satu dilemma yang amat menghimpit dalam kebijaksanaan memberi pertimbangan tentang kedudukan UMNO dalam kerajaan baharu.

VIDEO – JATUHKAN HUKUM MASUK NERAKA JIKA UNDI BN DAN PH, ADAKAH UMAT ISLAM MEMAAFKAN?

Amatlah ironi, kontradik dan mengelirukan apabila PAS suatu ketika dahulu sanggup mengkafirkan UMNO, tetapi berpeluk-peluk dan bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Adakah perkataan hipokrit itu amat sesuai untuk PAS dan pemimpinnya? Setelah DAP tunjukkan kepada PAS siapakah mereka sebenarnya, baharulah PAS sedar dan mahu menyemarakkan perpaduan ummah bersama UMNO, tetapi kemudiannya menolak pula Muafakat Nasional. Apakah yang PAS mahu sebenarnya?

PN MENEMPAH MAUT APABILA KHIANATI JANJI DENGAN GPS

Tempoh hari ketika PRN Sabah, Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin telah mengkhianati BN Sabah apabila meletakkan calon di kawasan DUN yang telah dipersetujui bersama sebagai peruntukan kepada BN. TS Abang Johari Abang Openg yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyelar PN kerana mengkhianati persetujuan serta janjinya tidak bertanding di kerusi Sarawak pada PRU15. Abang Johari dengan tegas memberi peringatan bahawa tindakan PN meletakkan beberapa calonnya di Sarawak terbukti melanggar perjanjian antara kedua-dua parti.

ARMADA BERSATU SUDAH NAIK ANGIN MAHU BOIKOT CALON PAS DI JASIN

Lantas Armada Bersatu mempunyai alasan kukuh untuk membantah PN meletakkan calon parti PAS yang tidak kompeten jika merujuk kepada keputusan PRU14. Inilah masalahnya apabila Bersatu bergabung dengan PAS sedangkan antara mereka terdapat pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bertolak ansur dan merujuk pada fakta.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: