BALACI HAMZAH ZAINUDDIN CUBA PERDAYA PENYOKONG ‘BOSSKU’

Persoalannya, adakah Syed Imran dan konco-konconya benar-benar setia pada UMNO atau hanya sekadar menjadi gunting dalam lipatan UMNO-BN? Hakikatnya DS Najib sendiri meminta agar dia dibebaskan mengikut lunas undang-undang dan bukannya talian hayat UMNO melalui campurtangan dalam sistem perundangan negara. Sebagaimana tegas putera DS Najib, Mohd Nazifuddin yang juga merupakan Ketua UMNO Langkawi, “Sebagai sebuah keluarga, bagi kami, kami konsisten dengan apa yang kami percaya untuk bapa saya, iaitu untuk mendapatkan keadilan terhadapnya dan dia masih (mempunyai) lapan kes yang sedang berjalan.

Featured post

SUNGGUH MALU APABILA KSU MUHYIDDIN AKHIRNYA MENGAKU TIDAK BERIKAN GERAN UNTUK PELUPUSAN HUTANG PENEROKA FELDA

Memanglah Muhyiddin mengumumkan dan menggesa FELDA melupuskan hutang peneroka demi memenangi sokongan dan undi peneroka terhadap PN, tetapi di manakah FELDA hendak mencekau RM8.3 bilion? Selepas mengumumkan pelupusan hutang peneroka FELDA itu, Muhyiddin tidak langsung mengambil peduli tentang isu dimanakah FELDA hendak mendapatkan dana daripada tindakan penyerapan hutang peneroka itu? FELDA terpaksa membuat sukuk supaya dana pembayaran hutang peneroka RM8.3 itu dapat memulihkan kembali kedudukan kewangannya, namun sukuk berkenaan tidak pernah dipedulikan oleh Muhyiddin atas alasan dia bukan Menteri Kewangan. Anehnya dia boleh pula menjadikan PM ketika itu sebagai keldainya.

Featured post

BAGAIMANA PUAK YANG KONONNYA SOKONG PROKLAMASI MELAYU, BOLEH PULA HINA RAJA-RAJA MELAYU?

Terkini, lidah rasmi PH, ‘Harapan Daily’ telah membangkitkan isu, adakah PN khususnya PAS mahu ‘berperang’ dengan DYMM Sultan Selangor apabila mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mengheret Sanusi ke mahkamah?Walau apapun kemelut yang timbul daripada isu penghinaan terhadap DYMM Agong dan DYMM Sultan Selangor itu, rakyat tertanya-tanya adalah PAS yang mempunyai beberapa rekod menderhakai Sultan dan DYMM Agong, hanya berpura-pura menunjukkan bahawa mereka menjulang Proklamasi Melayu, tetapi sebaliknya agenda politik mereka jauh mengelencong daripada menjadi benteng kepada kesejahteraan kaum Melayu dan umat Islam.

Featured post

MUHYIDDIN BOHONG RAKYAT TANPA MALU DAKWA DIA TELAH LANGSAIKAN HUTANG FELDA

DS Anwar membidas, sememangnya terdapat persetujuan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin untuk melupuskan hutang berkenaan, namun ia tidak dilaksanakan dan tiada hitam-putih yang membuktikannya. Mendakwa tanpa ‘hitam-putih’ seakan-akan membina perpepsi dan retorik politik untuk menipu rakyat. Dahulu dia membohongi rakyat dengan Ordinan Darurat untuk menutup tindakan menjarah wang rakyat daripada tindakan semak dan imbang di parlimen, sekarang dia membohongi rakyat untuk membohongi peneroka FELDA pula.

Featured post

MAHATHIR, MUHYIDDIN, DAN HADI GAGAL MEMODERATKAN DAP KETIKA MEREKA BERKUASA

Hakikatnya Mahathir sebagai PM, baik Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu gagal ‘memoderatkan DAP’ untuk mempertahankan prinsip utama keutuhan kaum Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Berbeza dengan kehadiran UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya ‘memoderatkan DAP’ di bawah Anthony Loke supaya menghormati prinsip asas Perlembagaan Persekutuan. DS Anwar kembali mengangkat kedaulatan kaum Melayu-Bumiputera-Islam, tidak seperti Mahathir yang hanya merupakan ‘boneka tua’ berdarah Kerala yang cuba berlagak lebih Melayu daripada Melayu dengan berpura-pura menjulang ‘Proklamasi Melayu’ setelah menghina kaum Melayu sebagai ‘pemalas’ yang merupakan dogma dan propaganda penjajah era British dahulu.

Featured post

SPRM SAHKAN RASUAH DAN UGUTAN KE ATAS PELANCONG ASING DAN SEKALIGUS MEMBENARKAN DAKWAAN MENTERI PELANCONGAN

Namun sebagaimana persepsi yang diolah oleh media, King Sing dikatakan menimbulkan kekecohan dan mengganggu tugas pegawai imigresen untuk menahan mana-mana pelancong yang tidak memenuhi syarat serta tanpa dokumen lengkap untuk memasuki negara. Hakikatnya sebagaimana disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, DS Tiong King Sing mempunyai pas ‘menteri’ yang memberikan kuasa untuknya melepasi balai ketibaan di KLIA. SPRM telah mengesahkan siasatannya dan sedang mengesan penglibatan seorang ejen yang meminta rasuah RM18,000 untuk ‘menyelesaikan’ kes seorang pelancong asing tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Featured post

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA, GOLONGAN MANAKAH YANG BANYAK MENYEBAR FITNAH DAN TERLIBAT RASUAH

Inilah hakikatnya tentang pihak yang amat pandai memfitnah dan ‘mempergunakan agama’ tetapi apabila mereka menguasai sesebuah negeri mereka gagal mentadbir kerana kepakaran mereka adalah memesongkan pemikiran rakyat bukan kepakaran mentadbir kerajaan.

Featured post

AZMIN LUPA SEJARAH KEKALAHANNYA DI PARLIMEN GOMBAK OLEH PUKULAN AMIRUDIN

Azmin juga lupa tentang pengkhianatannya kepada PKR apabila dia bermuafakat dengan pengkhianat BERSATU dalam 'Langkah Sheraton' untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PH-Mahathir. Malahan Azmin juga lupa penderitaan rakyat; bunuh diri, bendera putih, ekonomi rakyat kelas bawahan jatuh merudum, kadar jangkitan Covid19 melonjak naik menjadikan Malaysia antara 10 negara paling lemah di dunia dalam isu melawan pandemik itu.

Featured post

MUDA AKAN TERKUBUR DI USIA MUDA KERANA PERASAN, GELOJOH DAN ANGKUH

Masanya sudah terlambat bagi MUDA untuk memulihkan imejnya sebagai pengkhianat pada kaca-mata PKR kerana MUDA pernah meletakkan calon di DUN Larkin semasa PRN Johor 2022 tempoh hari. Lantas, tindakan Saddiq sebagai Presiden MUDA ketika itu, mengesahkan tanggapan daya politik MUDA yang dangkal dan tidak matang dalam menilai pihak kawan dan lawan, malahan ia diterjemahkan sebagai pengkhianatan. Sepatutnya sekiranya MUDA ikhlas untuk bersama dalam blok kerajaan, maka mereka seharusnya menjadi faktor nilai-tambah kepada jentera KP atau PN dalam kempen PRN ini, dan bukannya meletakkan calon yang kemudiannya mencetuskan permusuhan kepada kedua-dua blok yang bertarung.

Featured post

TONY PUA, PARASIT DALAM DAP KINI DAPAT SOKONGAN PAS

Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa tindak-tanduk Pua ketika menjadi parasit di Kementerian Kewangan semasa kerajaan yang diterajui Tun Mahathir menjadi antara penyumbang utama kejatuhan ekonomi negara. Kehebatan pencapaian negara pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara. Malahan sehingga ke saat ini, ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya dengan hutang daripada RM680 bilion (ketika BN memerintah 60 tahun) kini melonjak menjadi RM1.5 trilion, ketika Mahathir dijadikan boneka dan dilanjutkan oleh Muhyiddin meskipun hanya 39 bulan (22+17).

Featured post

VIDEO – AHLI PARLIMEN PAS MELALUT DALAM PARLIMEN, TIDAK TAHU PERANAN SEMAK-IMBANG

Pas kini semakin dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai ramai golongan professional, tetapi kenyataan Ahli Parlimen PAS itu boleh mengubah pandangan rakyat bahawa PAS masih jumud sebagaimana mereka memerintah Kelantan, negeri termundur di Persekutuan. Anehnya rakyat masih menjadi pentaksub PAS yang tidak tahu mentadbir kerajaan sebaliknya hanya pandai membangkitkan isu agama dengan klise yang dangkal dan tidak membantu mensejahterakan kehidupan rakyat.

Featured post

JANGAN TERMAKAN FITNAH BAHAWA KERAJAAN PERPADUAN DIDOMINASI DAP-CINA

Lantas, bagaimanakan 20% itu boleh dikatakan mendominasi kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim? Dengan itu jelaslah bahawa Hadi Awang yang kononnya menjadi idola ulama (yang sokong Syiah), juga merupakan pemfitnah demi membangkitkan pergolakan kaum untuk menghasut kaum Melayu-Islam supaya menyokong mereka dengan menuduh bahawa Kerajaan Perpaduan didominasi oleh kaum Cina.

Featured post

MUHYIDDIN DAN KONCO-KONCO PN KEPANASAN APABILA KES ORDINAN DARURAT DIHERET KE MAHKAMAH

Dewan Rakyat nampaknya semakin panas, setelah Laporan Ketua Audit bagi belanjawan 2020 dibentangkan dengan pemboikotan konco-konco Muhyiddin dan kini Mahkamah Persekutuan pula akan mengheret PM Ke-8 itu ke isu yang jauh lebih besar, setelah beberapa tuduhan rasuah ke atasnya. Persoalan utama kini, adakah bekas Perdana Menteri Ke-8, TS Muhyiddin Yassin, telah menyalahgunakan kuasanya untuk melaksanakan Proklamasi Darurat pada 2021 dengan tujuan kepentingan yang disembunyikan?

Featured post

SIASAT DAN DAKWA TUN MAHATHIR YANG TELAH BANYAK ‘MEROMPAK’ DANA RAKYAT DAN NEGARA

Sudah terlalu lama Mahathir yang popular dalam kalangan ‘reformis’ PKR sebagai ‘Mahazalim’ bermaharajalela bertindak sesuka hatinya, sehingga badan antarabangsa ‘Ranker’ menyenaraikannya sebagai salah seorang ‘diktator terkenal dunia’. Lebih menjengkelkan kerana ‘tangan ghaib’ Mahathir masih wewenang cuba menjatuhkan pemimpin negara melalui sikap hipokrasinya meskipun pada era dia sudah hilang kuasa.

Featured post

KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG, NAMA SANUSI AKAN DISINGKIRKAN SEBAGAI MB KEDAH SELEPAS PRN

Mungkin inilah situasi ‘win-win deal’ antara Tun Mahathir dan TS Hadi Awang dalam pertemuan yang menjadi perbualan hangat pengendali medsos. Segala situasi politik yang berkisah tentang Sanusi juga menjadi merit kepada Mahathir untuk merencanakan percaturan bagi meletakkan semula Mukhriz Mahathir sebagai calon MB menggantikan Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Featured post

VIDEO – MB KEDAH ADALAH BUDAK JAHAT YANG TELAH DIBUANG SEKOLAH DUA KALI OLEH DUA BUAH SEKOLAH

Jika rekod lampau di sekolah sudah sebegitu buruk sehingga dua kali dibuang sekolah oleh dua sekolah berbeza, maka rakyat Kedah terutamanya golongan guru pasti tahu bagaimana buruk dan jahatnya perangai dan tingkah laku Sanusi semasa zaman mudanya. Malahan publikasi YouTube ‘Kritis Kreatif’ melabelkan Sanusi sebagai ‘mad dog@anjing gila”. Dia dibuang sekolah bukan ketika berada di sekolah rendah, tetapi sudahpun berada di Tingkatan 4, sekolah menengah. Daripada pendedahannya, nampak sangat dia bangga dengan tingkah-laku silamnya sehingga dia dibuang sekolah, dan sekarang betapa hebatnya dia, apabila dilantik sebagai MB Kedah.

Featured post

ABDUL HADI AWANG MUSUH NEGARA-NEGARA ISLAM TELUK?

Abdul Hadi telah dikaitkan sebagai penyokong kerajaan Syiah Iran sejak 2017 lagi, yang pastinya seluruh rakyat Malaysia sedia dimaklumkan bahawa Syiah adalah musuh fahaman ‘Ahli Sunnah Wal Jam’ah’ dan Syiah diisytiharkan sebagai terkeluar daripada ajaran Islam. Namun adakah kerana ketaksuban dan apa yang diistilahkan sebagai pentaksub ‘walaun’ maka pihak tertentu dalam kerajaan terdahulu ‘tidak berani’ mengheret dan mengisytiharkan Hadi Awang sebagai penyokong ajaran sesat Syiah, yang bertentangan dengan amalan dan pegangan ‘Ahli Sunnah Wal Jam’ah’ (ASWJ)? Ulama tersohor dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran. Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

Featured post

VIDEO – PEMBANGKANG GAGAL MEMBELA HAK RAKYAT APABILA LARI KETIKA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2020 DIBENTANGKAN

Apabila Laporan Ketua Audit Negara bagi Kira-Kira Kewangan Negara 2020 dibentangkan pada 6 Jun lalu, pihak pembangkang telah menuduh kerajaan kononnya tidak patuh perlembagaan sebagaimana disebut dalam Perkara 77 (Standing Order) Peraturan Parlimen. Sebagaimana dijelaskan oleh Menteri Undang-Undang DS Azalina Othman Said, Standing Order dalam Perkara 77 tidak melebihi kuasa Ahli Parlimen yang terkandung dalam Perkara 44 malah tertakluk kepada Perkara 44.

Featured post

DEMI MOTO ‘PARTI KEADILAN RAKYAT’, NAJIB MESTI DIBERIKAN KEADILAN

Rakyat faham bahawa pengampunan Di-Raja adalah di luar kawalan kerajaan Anwar dan adalah hak DYMM SPB YDP Agong. Namun kerajaan pimpinan Anwar masih ada kuasa untuk mengugurkan kes-kes rekayasa Mahathir ke atas Najib. Sekiranya Kerajaan Perpaduan benar-benar menjunjung keadilan sebagaimana moto ‘Parti Keadilan Rakyat’, maka kes ‘gila’ yang dikenakan ke atas Najib hendaklah digugurkan atau ditarik balik atas prinsip ‘keadilan’ juga.

Featured post

VIDEO – JIKA HENDAK BUAT LAWAK SEKALIPUN, JANGANLAH SEHINGGA MENCARUT DAN MENGHINA KEDAULATAN NEGARA ORANG LAIN

Editorial 6 Jun 2023 PELAWAK ‘cap ayam’ yang merupakan bekas peguam dan kini menetap di Amerika Syarikat, Jocelyn Chia telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia kerana persembahan leluconnya mengenai kehilangan Penerbangan Malaysia Airlines MH370 sungguh menghina dan mencemarkan kedaulatan negara. Dalam klip video berdurasi 89 saat yang disiarkan di media sosialnya semalam, dia cuba membuat lawak... Continue Reading →

Featured post

VIDEO – HADI AWANG KETAWA TERBAHAK KETIKA MAHATHIR PERLEKEH ALLAHYARHAM TG NIK AZIZ

Mahathir dengan sinis menambah bahawa sumbangan TS Lim Kit Siang "terhadap negara tidak boleh dilawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang sahaja yang sama taraf dengan Nik Aziz". Kenyataan Mahathir telah membangkitkan pelbagai persepsi apabila dia menyamakan ulama yang selama ini amat disanjung dan dihormati oleh penyokong PAS, sebagai sama taraf dengan tokoh pemimpin DAP. Jauh lebih mengejutkan apabila TS Hadi Awang langsung tidak membela Allahyarham ketika sesi soal-jawab bersama media ketika itu.

Featured post

MAHATHIR HINA RAJA-RAJA MELAYU, TAPI MP DAP PULA YANG MEMBELA

Adakah Mahathir lupa bagaimana dia menjual tanah ‘lapangan lumba kuda’ dengan harga murah kepada kroninya dan kemudian dibeli semula oleh kerajaan dengan harga yang amat tinggi. Penjualan tanah itu hanyalah satu daripada skandal rasuah dan salah guna kuasa di samping tindakan ‘bailout’ syarikat kroni termasuk syarikat milik anaknya? Kontradiknya Ahli Parlimen DAP telah membidas Mahathir kerana keculaparannya itu yang sesetengah media melabelkan Mahathir sebagai biadap kepada institusi DiRaja, dan menggesa agar kerajaan menarik balik gelaran ‘Tun’ yang dikurniakan oleh DYMM SPB YDP Agong kepadanya.

Featured post

SETELAH GAGAL PERBODOHKAN MELAYU, KINI MEREKA BERALIH PULA KEPADA ISU KEWUJUDAN DAP DALAM KERAJAAN PERPADUAN 

Tiada jalan lain lagi untuk dijadikan modal bagi mencairkan kepercayaan kaum Melayu dan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan, kecuali membakar semula sentimen Melayu ke atas ‘cauvinisme Cina’ DAP. Hakikatnya DAP hari ini yang dipimpin oleh Anthony Loke sudah jauh berbeza dengan DAP yang sebelumnya. DAP hari ini sudah dengan terbuka menerima hakikat wujudnya kontrak sosial yang terakam dalam Perlembagaan Persekutuan, dan DAP hari ini juga memperakui Hak dan Kedudukan Kaum Melayu-Bumiputera, Hak dan Kedudukan Raja-Raja Melayu, dan Kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara.

Featured post

SIKAP BIADAP KE ATAS RAJA-RAJA MELAYU; HANYA ERA ANWAR SAHAJA PIHAK BERKUASA BERANI HERETNYA KE MAHKAMAH

Tapi hakikatnya KP kini mendapat sokongan 148 ahli parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 yang bermakna KP pimpinan YAB DS Anwar Ibrahim mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Rakyat. Retorik dan persepsi Mahathir dan balaci-balacinya bahawa dalam KP masih ada musuh Melayu iaitu DAP, mendedahkan hakikat mereka tidak sedar bahawa DAP di bawah kepimpinan Anthony Loke, sudah jauh meninggalkan prinsip ‘Chinese cauvinism’ serta ekstremisme Lim Kit Siang. DAP kini menerima prinsip Perlembagaan Persekutuan tentang 3 asas penting kaum Melayu, iaitu Kedudukan dan Hak kaum Melayu-Bumiputera, Kedudukan dan Hak Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Featured post

RAMPASAN JAM SWATCH BUKAN HANYA SEKADAR KERANA WARNA PELANGI

KDN tidaklah berfikiran sempit sehingga merampas jam Swatch hanya kerana berkonsepkan warna pelangi, tetapi sebaliknya ia cuba menjenamakan jam-jam berkenaan dengan logo LGBT. Lantas tindakan pihak yang cuba mencari kelemahan dan menggunakannya sebagai modal fitnah ke atas Kerajaan Perpaduan pimpinan DS Anwar Ibrahim hendaklah segera menghentikannya. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution membangkitkan persoalan mengapakah model jam tangan serupa tidak dijual di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE)?

Featured post

VIDEO – GEMPAR! MUHYIDDIN TOLAK TUDUHAN GUNAKAN WANG JUDI TETAPI APA MAKNANYA BILA DIA BERKATA “LU SOKONG GUA, GUA SOKONG LU” KEPADA TAUKE JUDI?

Dalam ucapan rasminya pada majlis itu, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan terbuka kepada tauke-tauke judi yang ada hubungan dengan Mafia Macau supaya “Lu sokong gua, gua sokong lu.” Apakah maksud Muhyiddin dengan kenyataan tersebut? Adakah ini sebahagian fakta yang signifikan bagi DS Anwar Ibrahim untuk mendakwa bahawa PN menggunakan ‘wang judi’ dalam urusan parti? Ucapan Muhyiddin itu disambut dengan tepukan dan teriakan gemuruh “Boleh!!!” orang para hadirin yang terdiri daripada Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, dan Kongsi Gelap.

Featured post

DATOK ROY DEDAH DAN KOTORKAN NAMA ‘BERSIH’ MUHYIDDIN YASSIN

Pastinya siasatan terperinci dan mendalam telah dibuat secara tuntas oleh SPRM dan kini terbongkar beberapa siri kes dalam komplot rasuah projek Jana Wibawa yang melibatkan beberapa individu yang ada hubungan kekeluargaan dengan Muhyiddin, termasuk anak lelakinya Fakhri Yassin Mahiaddin@Muhyiddin. Lantas, kes yang dikaitkan dengan projek Jana Wibawa itu telah ‘mengotorkan’ nama baik bekas PM Ke-8 Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini dicanangkan bersih bagaikan sutera putih yang disimpan dalam peti besi berkunci.

Featured post

PENTAKSUB TAK PERLULAH KAFIRKAN ORANG LAIN JIKA SUDAH KEHABISAN MODAL POLITIK

Amatlah bertentangan dengan ajaran Islam apabila pemimpin parti UMNO, dikafirkan oleh pentaksub yang jahil dan menjual agama untuk propaganda politik dangkal dan murahan. Parti yang kononnya berteraskan agama Islam, pernah mempromosikan bahawa mengundi PAS adalah tiket untuk ke syurga. Malahan pernah juga mendakwa, pemimpin Islam yang itu dan ini adalah ahli neraka. Parti sebegini yang menggunakan agama untuk menipu dan memperbodohkan rakyat, sepatutnya diharamkan oleh undang-undang pertubuhan mahupun Pendaftar Pertubuhan seperti RoS. Bagi penyokong yang taksub dan terasuk pula, mereka lupa bahawa UMNO telah sejak sekian lama tertegak atas panji Islam, mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan mempertahankan hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama Islam.

Featured post

JANGANLAH FOBIA SANGAT SEHINGGA GAMBAR DALAM DEWAN MERDEKA PUN DIJADIKAN MODAL SERANGAN

Sewajarnya pihak yang ‘mencari-cari’ apa jua salah UMNO untuk diserang, hendaklah sedar dan berasa terhormat apabila konvensyen kerajaan pimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri, iaitu DS Anwar Ibrahim yang telah lebih 20 tahun tidak menjejakkan kakinya di dewan itu, kini hadir sebagai Perdana Menteri yang mencairkan permusuhan tradisi daripada parti lain terhadap UMNO.

Featured post

LUCUNYA APABILA STRATEGI PN MENAKUT-NAKUTKAN KERAJAAN PERPADUAN BERTUKAR MENJADI GAGAL DAN BODOH

BAIK Muhyiddin, Abdul Hadi Awang mahupun Hamzah Zainuddin, kini masing-masing sedang kepanasan, sehingga terpaksa menyusun strategi ‘menakut-nakutkan’ dan secara tidak langsung mengugut pihak lawan mereka. Setelah Muhyiddin terperangkap dengan kenyataan bahawa dia bukan suspek dalam kes rasuah Jana Wibawa, Hadi Awang pula terjebak dengan kes menyogok pengundi supaya bersumpah mengundi PAS di Marang dan kemudiannya Hamzah Zainuddin, yang dilihat sebagai ‘mastermind Bersatu’ juga dikaitkan dengan rasuah serta isu minyak masak yang disorok oleh anaknya.

Featured post

MEREKA ANIAYA DS NAJIB DENGAN 17 TANDATANGAN PALSU

Apa lagi bukti yang pihak pendakwa mahu setelah, hakim Mahkamah Tinggi dengan cara tergesa-gesa dilantik untuk kes SRC yang menjadikan DS Najib sebagai mangsa tangan ghaib. Kemudian hakim yang sama didapati mempunyai ‘konflik kepentingan’ dalam penubuhan SRC dan hakim yang sama juga adalah Counsel Lawyer bagi MayBank.

Featured post

VIDEO – PAS AKAN ANGKAT KAKI TINGGALKAN GABUNGAN APABILA SUDAH TERJERUT?

Adakah Hadi perlukan, bukan sahaja setakat bantuan dana daripada Mahathir, tetapi juga ‘bantuan tangan ghaib’ dalam kes rasuah pengundi di Marang yang tidak dapat dibantu oleh Muhyiddin? Adakah dahulu PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO demi Perpaduan Ummah, tetapi apabila mendapati bahawa akaun UMNO sudah disekat oleh kerajaan pimpinan Mahathir dan kemudiannya Muhyiddin, PAS merasakan tidak relevan untuk bekerjasama dengan UMNO?

Featured post

WAJAR SANGAT KLEPTOKRAT TUA DISIASAT ATAS KERUGIAN RM4.5 TRILION KETIKA DIA BERKUASA

Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa agensi nasional untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menyebabkan negara menanggung kerugian yang dianggarkan RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan. Jika ditelusuri, jumlah RM4.5 trilion bukan sesuatu yang sedikit bagi buat negara terutamanya ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu kini. Sekiranya dibahagikan mengikut 26 tahun ketirisan berkenaan, setiap tahun negara kehilangan sekitar RM173.08 bilion.

Featured post

BEKAS MENTERI DALAM NEGERI GELABAH DENGAN SIASATAN SPRM, TAPI DIA LUPA MAJLIS DIA BERSAMA MAFIA MACAU

Sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan bekas Menteri KDN Hamzah Zainuddin dengan tokoh Mafia Macau. Ucapan Muhyiddin yang mendesak agar taiko-taiko yang hadir membantu PN, “Lu sokong gua, gua sokong lu lo”, manakala Hamzah Zainuddin pula seakan-akan mengugut secara halus agar mereka membantu PN sekiranya mereka mahu selamat daripada siasatan pihak berkuasa. Adakah Hamzah mempunyai hubungan dengan watak-watak ternama kongsi gelap dan mafia sepanjang tempoh dia di KDN?

Featured post

MAHATHIR TINGGALKAN GTA SETELAH PECAH-BELAHKAN KEUTUHAN MELAYU MELALUI BERSATU DAN PEJUANG

Terkini, setelah terperosok dan tunggang-langgang dengan parti yang ditubuhnya sendiri, dan berjaya memecah-belahkan kaum Melayu, dia meninggalkan pula GTA setelah meninggalkan Pejuang, untuk memperkasakan pula ‘Proklamasi Melayu’. Bagaimanakah orang begini boleh diharapkan untuk memperjuangkan hak Melayu sedang Bahasa Melayu sendiri diabaikannya? Bagaimana pula dengan hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kaum Melayu serta agama bangsa Melayu di Tanah Melayu ini? Apa yang Mahathir telah buat dalam ‘Isu Perlembagaan’? Adakah itu yang dinamakan perjuangan mengangkat ‘Proklamasi Melayu’? Siapakah yang menerajui kerajaan ketika isu ICERD dan Statut Rom membangkitkan kemarahan kaum Melayu kerana ratifikasi kedua-dua dasar global itu akan melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Featured post

HUBUNGAN BERSATU DAN PAS MENUJU KEHANCURAN?

Muhyiddin kini nampaknya terkial-kial keseorangan seperti ‘habis madu sepah dibuang’. TS Muhyiddin pula memberi persepsi bahawa PAS sudah terperangkap dengan Mahathir apabila menandatangani ‘Proklamasi Melayu’ itu. Dia telah mengesahkan bahawa pertemuan Abdul Hadi itu adalah tanpa pengetahuannya dan tidak dimaklumkan. Kata Muhyiddin, “PAS sudah terperangkap, dan apabila sudah terperangkap, dia akan kata ‘bohong’, dia akan kata tidak, dia akan nafikan, dan itulah yang biasa berlaku dalam PAS.”

Featured post

TANGKAPAN RAKAN KONGSI JHO LOW BUKAN USAHA PROAKTIF PIHAK KESELAMATAN NEGARA

Adakah kerana terdapat agenda tersembunyi untuk menyelamatkan taiko-taiko perasuah tegar Cina daripada didakwa di negara komunis itu mahupun Malaysia, atau sebenarnya, Jho Low sememangnya cuba diselamatkan oleh pihak yang mahu terus menganiaya DS Najib? Sebilangan rakyat berasa lega apabila YAB DS Anwar Ibrahim telah berunding dengan kerajaan China semasa lawatan rasminya bulan lalu, untuk mengekstradisi Jho Low yang menjadi suspek utama dalam kes SRC International.

Featured post

SAMPAI BILA PENTADBIRAN NEGARA HENDAK DIGANGGU? SUDAH-SUDAHLAH! (disertai video)

Kalau kamu tidak suka, tunggulah 4 tahun lagi, itupun jika nyawa kamu masih panjang, dan kamu bertandinglah untuk dijulang sebagaimana kamu dijulang 60 tahun dahulu. Jika kamu rasa tidak terdaya, namun kekayaan wang ringgit kamu mungkin amat berdaya untuk menipu rakyat. Tapi apa yang kami lihat, kamu, parti Pejuang kamu, dan GTA kamu, telahpun ditendang oleh pengundi jauh dari hati mereka.

Featured post

ADAKAH DEMO JALANAN SAMM SEBAHAGIAN DARIPADA RENCANA DAIM-MAHATHIR UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN?

Lantas, ia adalah strategi Mahathir yang cuba mengatur bidak-bidaknya bagi mewajarkan tuduhannya bahawa DS Anwar adalah diktator. Namun Mahathir lupa bahawa dalam senarai pertubuhan global seperti ‘RANKER’ nama Mahathir sudah tercatat dalam senarai ‘The Famous Dictator of the World’ atau ‘Diktator terkenal Dunia’.

Featured post

RETORIK MAHATHIR ‘KEMBALIKAN KUASA MELAYU DAN BUMIPUTERA SEBAGAI TERAS PENTADBIRAN NEGARA’

Antara strategi jahat Mahathir sebagaimana diperakui oleh Tun Abdullah adalah menghasut kaum Cina Pulau Pinang supaya menentang UMNO-BN, sehingga wujudnya tsunami Cina pada PRU12 (2008) untuk memusnahkan kubu kuat Tun Abdullah di negeri itu. Justeru di manakah letaknya niat suci Mahathir yang mahu perjuangkan ‘muafakat Melayu-Bumiputera sebagai pentadbir negara’ kecuali hipokrasi dan retorik politik dangkal semata-mata?

Featured post

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑