Setiausaha Agung PPBM (Bersatu) DS Hamzah Zainuddin, hanya cuba bermain dengan psywar atau ‘perang saraf’ untuk menafikan kekuatan UMNO dengan persoalan, “Siapa kata UMNO makin kuat?” Hakikatnya, Lihatlah apa yang dilaporkan oleh media tentang Bahagian PPBM Pagoh yang menjadi kubu kuat Muhyiddin kini lumpuh apabila pengasasnya sendiri keluar meninggalkan PPBM?
PH PUNCA BADAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA ROSAK DAN JIJIK
Secara kasarnya ia bermula dengan pendekatan diktator yang digunakan oleh Dr Mahathir apabila dialah PM pertama yang mencampuri urusan badan kehakiman negara, sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Persepsi rosaknya badan kehakiman negara, menjadi hangat apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng terlibat dalam kes Pembelian Banglo Murah dan kes rasuah Terowong Bawah Laut.
VIDEO – BUKTI DAKWAAN TERPILIH TERHADAP PEMIMPIN UMNO, TERBONGKAR
Ironinya Muhyiddin tidak pernah mahu kes dana 1MDB berjumlah RM1.04 juta yang masuk ke akaun Hakim Nazlan Ghazali, disegerakan. Lebih menjengkelkan Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib, sedangkan di sebalik tabir terdapat ‘konflik kepentingannya’ dalam kes 1MDB. Muhyiddin mahupun Mahathir tidak pernah mendesak SPRM mahupun pihak pendakwaraya supaya mengheret bekas Gabenor Bank Negara Zety Akhtar ke mahkamah kerana suaminya Tawfiq Ayman di Singapura telah menerima dana 1MDB daripada Jho Low.
VIDEO – RAKYAT MAHUKAN PRU15, AKIBAT KEGAGALAN PN, PH DAN TEKANAN EKONOMI
Menuding jari kepada ‘kluster mahkamah,’ ‘kleptokrat’ dan pemimpin yang idamkan kerusi menteri, hanyalah retorik politik dangkal dan klise yang sudah basi. Dahulu golongan yang beretorik ini saban hari mengutuk ‘kerajaan tebuk atap’ Muhyiddin Yassin yang sewajarnya dibubarkan atas falsafah ‘mengembalikan mandat rakyat’. Tidakkah hanya satu jalan sahaja untuk mengembalikan ‘mandat rakyat’ iaitu dengan mengadakan ‘PRU15’.
APABILA ZURAIDA LOMPAT KE PBM, IA PETANDA BERSATU AKAN BERKUBUR
Segala kenyataan Muhyiddin selama ini terutamanya semasa PRN Melaka dan Johor yang mengangkat dirinya sebagai ‘poster boy’ hanyalah retorik serta ‘psywar’ untuk menyedapkan hati penyokongnya, tetapi realiti dan pragmatiknya PPBM sudah rebah dan nazak.