MUHYIDDIN HINA MAHATHIR SEBAGAI MENGHABISKAN MASA SAHAJA

Editorial

6 Mac 2022

Rasa kasihan dan lucu pun ada, apabila pemimpin tertua negara (mungkin juga di dunia) yang sanggup melanggar larangan pakar jantung IJN, kerana mahu turut serta dalam kempennya untuk menyokong parti Pejuang di PRN Johor.

Pemimpin Pejuang itu telah dilabelkan oleh Muhyiddin sebagai menghabiskan masa sahaja; satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah selama 22 tahun 22 bulan.

Bukan parti Pejuang yang dikepalai pemimpin tertua itu sahaja, malah parti MUDA yang dikepalai oleh ahli parlimen termuda negara juga dikenakan penghinaan yang sama oleh Muhyiddin.

Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu dan Pengerusi PN telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua parti tersebut “tidak mempunyai peluang yang baikpun untuk memenangi kerusi apatah lagi membentuk kerajaan.”

Muhyiddin pada hakikatnya merasai dikhianati apabila dia melihat bahawa partinya Bersatu-PN akan susut undi dengan kehadiran Pejuang dan MUDA itu, sedangkan kedua-duanya merupakan rakan sekongkolnya semasa mereka dalam Pakatan Harapan.

Muhyiddin amat gusar, kerana katanya, “Nilai satu undi itu amatlah besar ertinya. Kita berharap pengundi di Johor tidak memilih parti baharu sebagai wakil mereka, memilih parti yang akan menjadi pembangkang sahaja di Johor.”

Muhyiddin mengutuk Pejuang sebagai parti yang masih belum mempunyai rekod yang baik dalam pentadbiran, dan pengundi seharusnya memilih parti yang mempunyai rekod yang baik seperti PN.

Sebaliknya dia mengangkat bakul sendiri dengan mendakwa bahawa PN ketika menjadi kerajaan, berhadapan dengan dua krisis iaitu krisis ekonomi dan juga krisis kesihatan COVID-19. Katanya PN mempunyai rekod yang baik dalam mengatasinya.

Apa yang rakyat lihat sebenarnya ialah kerajaan Muhyiddin telah gagal mengendalikan pandemik Covid19 apabila Malaysia dicatat sebagai negara paling teruk di dunia mengikut jumlah penduduk sebelum kerajaan pimpinannya tumbang.

Melalui ‘Lockdown separuh masak’ Muhyiddin telah mengurung rakyat hampir setahun sehingga ekonomi golongan bawahan punah-ranah.

Malah dia telah mempergunakan Ordinan Darurat untuk menyelamatkan kuasanya sebagai Perdana Menteri serta menyembunyikan perbelanjaan dan hutang PN daripada pengetahuan parlimen.

Seelok-elok Ordinan Darurat diungkai, dia terus tumbang.

Dia pandai mengelabui mata rakyat sedangkan partinya Bersatu pada hakikatnya hanya mempunyai 6 ahli parlimen sahaja, sedangkan yang lain adalah katak-katak yang telah ‘dibelinya’.

Bersatu juga pada hakikatnya hanya sesuai menjadi pembangkang kerana parti itu hanyalah melukut di tepi gantang.

Lihatlah keputusan PRN Johor nanti dan keputusan PRU15 yang mungkin tidak lama lagi.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: