Daripada realiti lanskap politik terkini, DS Ismail Sabri mahu jawatan itu dikekalkan kepada Zuraida supaya kesinambungan usaha beliau mentadbir dan menguruskan kementeriannya dapat diteruskan, meskipun setelah meninggalkan PPBM. Kuasa prerogatif berada di tangan PM dengan perkenan DYMM Agong. Tiada faedahnya membuang katak dan mengambil katak baharu sedangkan sememangnya sifat katak adalah melompat, sama ada mencari mangsa atau mencari kolam untuk kesinambungan hayatnya!
APABILA ZURAIDA LOMPAT KE PBM, IA PETANDA BERSATU AKAN BERKUBUR
Segala kenyataan Muhyiddin selama ini terutamanya semasa PRN Melaka dan Johor yang mengangkat dirinya sebagai ‘poster boy’ hanyalah retorik serta ‘psywar’ untuk menyedapkan hati penyokongnya, tetapi realiti dan pragmatiknya PPBM sudah rebah dan nazak.
SETELAH ‘KHEMAH BESAR’ PH TOLAK MUHYIDDIN, GPS PULA TIDAK MAHU BERSATU BERADA DI SARAWAK
Pada 8 Mei, wakil Pengerusi GPS, lagi sekali menegaskan bahawa GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu, manakala GPS akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu.Dengan kata-kata lain tindakan Muhyiddin dan konco-konconya pada ‘Langkah Sheraton’ telah menyebabkan ketidakstabilan politik negara yang memberikan dampak negatif terhadap Sarawak, sebaliknya hanya memenuhi tuntutan peribadi. Fazzrudin merujuk kepada “krisis politik pada 2020”, dan beliau menegaskan “Kita sudah terlalu lama berada dalam kemelut politik dan dalam tempoh ketidakstabilan ini, pada tahap tertentu, melembabkan pembangunan ekonomi dan urus tadbir negara.” Rakyat akan ‘tunggu dan lihat’ adakah tindakan Muhyiddin terhadap Rozman Isli akan berulang di Sarawak dengan keputusan Abang Johari Openg itu.
VIDEO – JIKA MUHYIDDIN MAHU SEKONGKOL DENGAN PH, BAIK BERSATU KELUAR DARI BLOK KERAJAAN
Lantas, baiklah Muhyiddin keluar sahaja daripada blok kerajaan sekarang, supaya mudah bagi PM Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen dan mengisytiharkan PRU15. Keadaan pandemik Covid19 tidak akan berubah sampai bila-bila pun, tetapi trend jangkitan maut yang menurun boleh membuka ruang untuk PRU15. Lihat apa yang berlaku di Pakistan, Poland, Serbia, Rusia dan beberapa lagi. Malahan Singapura juga akan mengadakan PRU pada Julai 2020 ketika tertular pandemik Covid19.
DAP LABEL MUHYIDDIN SEBAGAI PENGKHIANAT YANG KINI SIBUK DENGAN ‘LANGKAH CAREY’ PULA
Terkini usaha Muhyiddin untuk membentuk gabungan besar ‘pakatan baharu’ nampaknya gagal, apabila DAP telah menolak mentah-mentah saranan penubuhan tersebut sebagaimana dibawa dalam perjumpaan rahsia di Pulau Carrey baru-baru ini. Segala tindakan pengkhianatan itu terungkai dalam tragedi “Langkah Sheraton” yang didakwa sebagai konspirasi yang dikepalai oleh Muhyiddin dan Azmin Ali.