Tapi hakikatnya KP kini mendapat sokongan 148 ahli parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 yang bermakna KP pimpinan YAB DS Anwar Ibrahim mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Rakyat. Retorik dan persepsi Mahathir dan balaci-balacinya bahawa dalam KP masih ada musuh Melayu iaitu DAP, mendedahkan hakikat mereka tidak sedar bahawa DAP di bawah kepimpinan Anthony Loke, sudah jauh meninggalkan prinsip ‘Chinese cauvinism’ serta ekstremisme Lim Kit Siang. DAP kini menerima prinsip Perlembagaan Persekutuan tentang 3 asas penting kaum Melayu, iaitu Kedudukan dan Hak kaum Melayu-Bumiputera, Kedudukan dan Hak Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
RAMPASAN JAM SWATCH BUKAN HANYA SEKADAR KERANA WARNA PELANGI
KDN tidaklah berfikiran sempit sehingga merampas jam Swatch hanya kerana berkonsepkan warna pelangi, tetapi sebaliknya ia cuba menjenamakan jam-jam berkenaan dengan logo LGBT. Lantas tindakan pihak yang cuba mencari kelemahan dan menggunakannya sebagai modal fitnah ke atas Kerajaan Perpaduan pimpinan DS Anwar Ibrahim hendaklah segera menghentikannya. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution membangkitkan persoalan mengapakah model jam tangan serupa tidak dijual di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE)?
VIDEO – GEMPAR! MUHYIDDIN TOLAK TUDUHAN GUNAKAN WANG JUDI TETAPI APA MAKNANYA BILA DIA BERKATA “LU SOKONG GUA, GUA SOKONG LU” KEPADA TAUKE JUDI?
Dalam ucapan rasminya pada majlis itu, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan terbuka kepada tauke-tauke judi yang ada hubungan dengan Mafia Macau supaya “Lu sokong gua, gua sokong lu.” Apakah maksud Muhyiddin dengan kenyataan tersebut? Adakah ini sebahagian fakta yang signifikan bagi DS Anwar Ibrahim untuk mendakwa bahawa PN menggunakan ‘wang judi’ dalam urusan parti? Ucapan Muhyiddin itu disambut dengan tepukan dan teriakan gemuruh “Boleh!!!” orang para hadirin yang terdiri daripada Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, dan Kongsi Gelap.
DATOK ROY DEDAH DAN KOTORKAN NAMA ‘BERSIH’ MUHYIDDIN YASSIN
Pastinya siasatan terperinci dan mendalam telah dibuat secara tuntas oleh SPRM dan kini terbongkar beberapa siri kes dalam komplot rasuah projek Jana Wibawa yang melibatkan beberapa individu yang ada hubungan kekeluargaan dengan Muhyiddin, termasuk anak lelakinya Fakhri Yassin Mahiaddin@Muhyiddin. Lantas, kes yang dikaitkan dengan projek Jana Wibawa itu telah ‘mengotorkan’ nama baik bekas PM Ke-8 Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini dicanangkan bersih bagaikan sutera putih yang disimpan dalam peti besi berkunci.
PENTAKSUB TAK PERLULAH KAFIRKAN ORANG LAIN JIKA SUDAH KEHABISAN MODAL POLITIK
Amatlah bertentangan dengan ajaran Islam apabila pemimpin parti UMNO, dikafirkan oleh pentaksub yang jahil dan menjual agama untuk propaganda politik dangkal dan murahan. Parti yang kononnya berteraskan agama Islam, pernah mempromosikan bahawa mengundi PAS adalah tiket untuk ke syurga. Malahan pernah juga mendakwa, pemimpin Islam yang itu dan ini adalah ahli neraka. Parti sebegini yang menggunakan agama untuk menipu dan memperbodohkan rakyat, sepatutnya diharamkan oleh undang-undang pertubuhan mahupun Pendaftar Pertubuhan seperti RoS. Bagi penyokong yang taksub dan terasuk pula, mereka lupa bahawa UMNO telah sejak sekian lama tertegak atas panji Islam, mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan mempertahankan hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama Islam.