MASAKAN PARTI BANYAK KATAK MAHU GUBAL UNDANG-UNDANG ANTI-KATAK?

Di manakah letaknya kekuatan Bersatu, sehingga TS Muhyiddin menjaja ke sana-sini kekuatan partinya, sekiranya hanya 6 Ahli Parlimen sahaja yang merupakan ahli yang tulen sedangkan yang lain telah dirompak masuk ke dalam Bersatu. Kebanyakan mereka telah melompat masuk sama ada kerana ugutan dakwaan terpilih ataupun habuan laba, pada ketika Tun Mahathir masih berkuasa sebagai Pengerusi Bersatu. Muhyiddin pernah disiasat kerana rakaman audio yang mirip suaranya yang menawarkan habuan jawatan GLC kepada pemimpin UMNO yang mahu menyokongnya. Telah menjadi realiti apabila Rozman Isli, Ahli Parlimen Labuan, dalam afidavitnya telah mendedahkan bahawa parti Bersatu melalui orang ‘Muhyiddin’ dan pegawai SPRM telah mengugutnya supaya melompat ke parti Bersatu sekiranya tidak mahu diseret ke mahkamah.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: