Editorial
5 Mac 2022
PN yang didominasi PPBM (Bersatu) hanyalah gabungan yang ditubuhkan secara adhoc (tergesa-gesa dan longgar) untuk menutup kelemahan PPBM yang merupakan parti ciput yang tiada kekuatan di Parlimen.
Kerana sifat adhoc itulah hendak cipta logo pun tak sempat, pakai letak nama dan kemudiannya diisytiharkan sebagai logo.
Logo PN seperti yang dipaparkan pada hakikatnya bukanlah logo, tetapi sekadar nama atau tekstual kosong sebagaimana yang tertera pada bendera PN.

Sekiranya ada logo selain yang dipaparkan oleh bendera PN pada PRN Melaka dan Sabah, dan kini PRN Johor, mengapa ia tidak memenuhi dan menghiasi kempen PN kecuali apa yang tertera pada bendera PN itu sahaja?
Definisi logo sebagaimana diterima pakai oleh mana-mana pereka grafik adalah simbol yang terdiri daripada teks dan imej unik dan mengandung makna mujarad (abstrak) yang memperkenal nama dan identiti sesebuah organisasi atau syarikat dengan reka bentuk yang tersendiri.
Logo yang baik menunjukkan jenama yang dicipta dengan reka bentuk yang unik yang mewakili identiti organisasi atau syarikat dan ia mendukung nilai, martabat, maruah, kualiti, serta harga diri.
Reka bentuk logo adalah meliputi ciptaan tanda jenama visual yang sempurna untuk mewakili sesebuah organisasi atau syarikat, bukan hanya sekadar nama atau singkatannya, sebaliknya lambang, simbol, slogan atau motto.
Terdapat sembilan kriteria logo iaitu:
- Lambang Jenama ialah simbol, elemen, reka bentuk seni atau imej visual yang membantu mengenali identiti sesebuah organisasi tertentu yang mendukung nilai, maruah, kualiti, martabat dan harga diri, dan bukan sekadar nama yang kosong.

2. Tanda Huruf yang merupakan logo berasaskan tipografi terdiri daripada beberapa tekstual huruf yang menjadi label atau inisial organisasi, syarikat atau produk dan mendukung identitinya, kualiti, martabat, maruah dan harga diri.

3. Maskot iaitu logo yang mengandungi imej duta jenama yang boleh dikenal pasti sebagai identiti

4. Kombinasi Lambang yang memvisualkan imej dan nama atau jenama organisasi

5. Lambang Abstrak atau logo yang mewakili makna bersifat mujarad (abstrak) dan menjadi imej yang memperkenalkan dan mewakili sesuatu organisasi.

6. Emblem, iaitu objek simbolik sebagai lencana tersendiri bagi sesebuah pertubuhan, syarikat, malah sebuah negara sekalipun

7. Tanda Dinamik atau simbol dan lambang yang menunjukkan atau menyampaikan perubahan dinamik atau identiti yang dinamik

8. Tanda Nama dengan reka bentuk unik dan mendukung identiti dan digunakan untuk merujuk nama organisasi syarikat atau produk yang membantu pengiktirafan nilainya, maruah, kualiti dan harga diri

9. Bentuk Huruf iaitu reka bentuk unik menggunakan satu atau lebih bentuk huruf yang bertindak sebagai label pnemonik untuk nama organisasi atau syarikat dan mendukung kualiti yang yang unggul

Tiada mana-mana dalam ciri yang disenaraikan dalam sembilan kriteria di atas memenuhi lambang yang didakwa oleh PN sebagai logonya. Jika ia sekadar tekstual nama kosong sahaja, maka ia bukan logo!

Hakikatnya PN sebenarnya tiada logo atau dalam erti kata yang lain PN tiada lambang yang boleh mewakilinya sebagai mendukung nilai, maruah, martabat, kualiti dan harga diri parti itu, sebaliknya ia hanyalah sekadar nama kosong sahaja sebagaimana nama Mahiaddin yang boleh bertukar kepada Muhyiddin.
Sekurang-kurangnya nama seperti ‘Din Pagoh’ atau ‘Si Tompok’ lebih bermakna untuk dijadikan contoh nilai, martabat, kualiti dan harga diri.
*****