Namun Majlis Peguam hanya berdiam diri apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhi hukuman terhadap Najib telah dibuktikan mempunyai ‘kepentingan peribadi’ dalam penghakiman apabila dia merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam penubuhan SRC yang dikaitkan dengan kes 1MDB.
UMNO-BN PENENTU KUASA PEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN
Dalam bahasa politik, BN-UMNO adalah ‘The King-Maker’ yang memadamkan dakwaan PAS sebelum ini, bahawa merekalah yang akan membawa fungsi sedemikian. UMNO khususnya telah membawa peranan ‘King -Maker bukan sahaja selepas PRU15, malah sebelumnya semasa kerajaan PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir yang diterjemahkan dan diperakui Tun sendiri bahawa dia adalah pemimpin ‘boneka’ DAP. Dalam kemelut masyarakat Melayu-Islam, ramai yang menterjemah DAP sebagai parti anti-Melayu-Islam, namun rakyat harus sedar bahawa legasi Lim Kit Siang sudah mula cair. Anthony Loke bukan Lim Guan Eng, anak pemimpjn cauvinis Cina Lim Kit Siang.
VIDEO MUHYIDDIN MERACAU, TUDUH SATU UNDI UNTUK UMNO SAMA SATU UNDI UNTUK DAP
Lantas, siapakah yang amat terdesak untuk bersama dengan DAP, mengharapkan sokongan DAP sekiranya gagal mendapatkan kuasa memerintah. Timbalan Presiden PAS telah mencanangkan bahawa PAS mahu menjadi ‘king maker’ selepas PRU15 sekiranya PN gagal memenangi jumlah majoriti. Adakah PAS juga tidak mengecualikan PH-DAP, sebagaimana mereka pernah berpelukan dengan DAP suatu ketika dahulu.
VIDEO – MAHATHIR GELABAH, DI MANA-MANA RAKYAT TOLAK GTA DAN PEJUANG
Rakyat sudah cukup menderita setelah Mahathir berkuasa selama 22 tahun dengan dasar penswastaannya yang telah banyak mencekik leher rakyat, tetapi mengkayakan kroni-kroni dan anak-anaknya. Setelah puas menjarah tenaga dan sokongan UMNO, Mahathir mahu membunuh UMNO, lantas tidak hairanlah selama 22 bulan berkuasa Mahathir telah menikam PH dari belakang. Kini entah beberapa bulan yang akan mendatang, Mahathir akan membunuh pula PUTRA, BERJASA dan IMAN, sebagaimana dia cuba membunuh UMNO, dan Bersatu tetapi gagal.
MAHATHIR! JANGAN HINA PENGUNDI MELAYU
Mahathir harus sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka mengundi PH pada pada PRU14.Kaum Melayu juga sedar tentang kronisme Mahathir yang lebih mengutamakankan kapitalis bangsa Cina, dan nepotismenya yang memetingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama semasa PRU14 kerana terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji manis manifesto yang bukan kitab ‘Bible’ seperti diperakui Mahathir. Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga dengan kerajaan Singapura.