BOLEHKAH DIPERCAYAI BAYARAN PENYELESAIAN GOLDMAN SACHS USD3.9 BILION KEPADA MUHYIDDIN SEDANGKAN JUMLAHNYA AMAT RENDAH DARIPADA SEPATUTNYA?

Adakah Goldman Sachs bersetuju dengan angka yang lebih tinggi diletakkan kerajaan Malaysia sebelum penyelesaian pampasan dengan Muhyiddin? Jika spekulasi pemerhati ekonomi dan politik itu benar, maka nampaknya ada jerung oportunis yang menangguk di air keruh, tetapi menjerit-jerit ada perompak sedangkan perompak itu adalah dirinya sendiri.

KETEGASAN ANWAR MELAWAN JERUNG-JERUNG RASUAH DISOKONG PENUH

Tidak hairanlah jika pihak tertuduh yang gelabah dan tidur tidak lena, telah kehabisan modal dan dengan alasan tempang menuduh kerajaan dan SPRM melaksanakan dakwaan terpilih. Anwar menegaskan bahawa arahan kepada badan penguatkuasa seperti SPRM adalah menyeluruh dan tidak kepada parti tertentu, apatah lagi individu tertentu.

ADAKAH SUMPAH MUBAHALAH DS NAJIB YANG DIANIAYA, SEDIKIT-DEMI SEDIKIT TERKESAN?

Gelagat kerakusan nafsu manusia mungkin boleh disembunyikan daripada makhluk Allah yang lain, namun Allah tahu setiap kelumit kejahatan dan kebaikan hati hambanya. Sumpah laknat atau sumpah mubahalah yang telah dibuat oleh DS Najib di masjid Kampung Baru pada 21 Ogos 2022, mungkin ditanggapi sebagai langkah tempang untuk mengelabukan rakyat dan masyarakat Islam seluruh dunia, namun ulamak bersetuju bahawa sumpah laknat tidak boleh dipermainkan. Namun hari ini, malah sebelumnya juga, beberapa peristiwa politik negara, termasuk tuduhan rasuah berprofil tinggi, seperti sedang memantulkan kesan sumpah mubalah DS Najib itu kepada pihak yang menganiaya dirinya.

ADAKAH HADI AWANG SEDANG RANCANG GERAKAN TUMBANGKAN KERAJAAN PIMPINAN ANWAR?

Hari ini TS Hadi Awang yang popular dengan label ‘Duta Gaji Buta’ lagi sekali membangkitkan isu ‘atap bocor’ untuk melapik gerakan ‘tebuk atap’ sebagai kenyataan sinis kepada usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku pada penggal lalu (PRU14), dan janganlah mengganggu-gugat kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat, dan berikanlah peluang kepada DS Anwar Ibrahim untuk mentadbir, terutamanya dalam hal pemulihan ekonomi yang telah dicacatkan oleh Muhyiddin.

UMNO-BN PENENTU KUASA PEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN

Dalam bahasa politik, BN-UMNO adalah ‘The King-Maker’ yang memadamkan dakwaan PAS sebelum ini, bahawa merekalah yang akan membawa fungsi sedemikian. UMNO khususnya telah membawa peranan ‘King -Maker bukan sahaja selepas PRU15, malah sebelumnya semasa kerajaan PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir yang diterjemahkan dan diperakui Tun sendiri bahawa dia adalah pemimpin ‘boneka’ DAP. Dalam kemelut masyarakat Melayu-Islam, ramai yang menterjemah DAP sebagai parti anti-Melayu-Islam, namun rakyat harus sedar bahawa legasi Lim Kit Siang sudah mula cair. Anthony Loke bukan Lim Guan Eng, anak pemimpjn cauvinis Cina Lim Kit Siang.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: