HAMID BADOR GAGAL KENAL PASTI WATAK VIDEO SEMBURIT – KADIR JASIN

Kata Kadir, “Sekiranya Acryl Sani boleh cam (kenal pasti) pelakon yang Hamid Bador tidak cam, memanglah dia hebat.” Dengan konotasi yang mudah difahami, Kadir Jasin berkata lagi, “Lagipun dia kena buktikan secara sahih yang dia bukan ‘budak’ sesiapa,” sebagaimana dipetik Dateline daripada FB Kadir Jasin.

SPRM MESTI SIASAT AP YANG MELOMPAT PARTI (VIDEO)

Dengan itulah kita lihat, Parlimen ke-14 menjadi mercutanda parlimen yang paling banyak  katak melompat terutamanya daripada parti UMNO kepada PPBM. Daripada 110 AP Perikatan Nasional, 26 terdiri daripada katak yang melompat dan mereka membentuk 24% daripada Ahli Parlimen kerajaan. Adakah mereka ini melompat kerana prinsip demokrasi atau kerana habuan yang dijanjikan sebagaimana pendedahan mantan KPN TS Hamid Bador yang menggesa SPRM supaya menyiasat golongan yang melompat parti ini?

HAMZAH UGUT SYED SADDIQ?

Syed Saddiq mendakwa Hamzah telah “memujuknya” supaya dia dan parti Muda menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti pimpinannya itu diluluskan.

Kata “memujuknya” mendukung konotasi yang hakikatnya adalah satu ugutan ke atas Syed Saddiq dan parti MUDA supaya menyokong kerajaan PN.

WordPress.com.

Atas ↑