MAHATHIR! JANGAN HINA PENGUNDI MELAYU

Mahathir harus sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka mengundi PH pada pada PRU14.Kaum Melayu juga sedar tentang kronisme Mahathir yang lebih mengutamakankan kapitalis bangsa Cina, dan nepotismenya yang memetingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama semasa PRU14 kerana terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji manis manifesto yang bukan kitab ‘Bible’ seperti diperakui Mahathir. Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga dengan kerajaan Singapura.

LIMA BEKAS AHLI PARLIMEN UMNO DAN RAMAI LAGI ‘KATAK POLITIK’ YANG DIJANGKA TIDAK BERTANDING PRU15 KERANA TIDAK YAKIN PADA MUHYIDDIN

Lantas, apabila mereka tidak bertanding, maka dampaknya menikam Muhyiddin Yassin, sehingga Muhyiddin sendiri mengaku bahawa dia tiada harapan untuk terus ‘survive’ atau untuk terus bernafas selepas PRU15 nanti. Meskipun sebelum ini Muhyiddin amat angkuh dengan mitos kekuatan PPBM, tetapi kini segalanya terbongkar, apatah lagi dia tidak lagi mempunyai ruang untuk ‘mengugut’ katak-katak politik supaya melompat ke PPBM setelah RUU Anti-Lompat Parti telah dimaktubkan.

SEGERA BUAT LAPORAN POLIS/SPRM ATAS DAKWAAN MAHATHIR

Sebagaimana disiarkan oleh NST, Mahathir menuduh UMNO telah ‘mengamalkan pembelian undi pada pilihan raya negeri Johor’ yang telah berlangsung awal bulan ini. Memperincikan kenyataan Mahathir itu, dia berkata, “Pada pilihan raya negeri Johor, kami Pejuang tidak mempunyai wang tetapi parti lain memberi wang tunai untuk membeli undi. “Kami menghubungi pengundi untuk merayu sokongan tetapi mereka bertanya kepada kami berapa banyak yang boleh kami (PETAI) bayar kerana UMNO menawarkan mereka RM200 untuk mengundi mereka.

VIDEO – MUHYIDDIN SEPATUTNYA MALU DENGAN CERCAAN ‘PODDAH’NYA TERHADAP UMNO

Namun singa tua yang hilang taring itu tetap ego, angkuh dan riak, lantas lihatlah apa yang telah berlaku Rakyat harap Muhyiddin dapat menjawab afidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli terhadap ugutan yang dikenakan terhadapnya oleh orang-orang Muhyiddin, dan amat mengecewakan, juga SPRM yang menjadi keldai Muhyiddin, supaya Rozman melompat dari Warisan ke Bersatu jika tidak mahu dikenakan dakwaan terpilih. Pastinya ramai lagi yang malu untuk tampil mendedahkan ugutan sedemikian yang menyebabkan mereka melompat ke Bersatu.

BAPA PECAH-BELAH SEKALI LAGI MAHU SEMUA PARTI BERGABUNG LAWAN BN

Malahannya pada zaman dia berkuasa selama 22 tahun itu, telah lahir Parti Semangat 46, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala setelah dia meninggalkan UMNO, dia wujudkan PPBM (Bersatu) dan terus pecah-belahkan Bersatu dan melahirkan pula Parti Pejuang Tanah Air (PETAI). Daripada bersama pemimpin diktator dan penipu, jauh lebih baik DS Anwar berdiri dalam satu saf yang perkasa bersama BN-UMNO.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: