VIDEO – BUKAN SAHAJA UMNO, PH JUGA TOLAK PARTI PIMPINAN PENGKHIANAT

Editorial

19 April 2022

Komponen PH, DAP dan Amanah dengan kerasnya menolak Bersatu yang dilabelkan sebagai parti pengkhianat.

Pengkhianat sebenarnya yang mereka maksudkan ialah Muhyiddin Yassin, yang pernah mencaci UMNO dengan cacian ‘Poddah’ (maksud literal: pergi jahanam!) semasa kempen PRN Johor.

Hakikatnya Muhyiddin sendiri telah di’poddahkan’ oleh rakyat Johor setelah kalah teruk dengan hanya memenangi dua daripada 42 kerusi yang Bersatu tandingi.

Manakala parti sekongkol Bersatu, iaitu PAS yang bertanding di 15 kerusi DUN, hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Muhyiddin dilabelkan pengkhianat apabila semasa era BN berkuasa di bawah Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, dia mengkhianati Tun Abdullah dan dia berjaya menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Semasa era BN di bawah pentadbiran DS Najib, dia juga telah mengkhianati Perdana Menteri, tetapi telah dipecat dan ditendang keluar daripada UMNO.

Pada era PH berkuasa dia mengkhianati PM Tun Mahathir melalui ‘Langkah Sheraton’ dan dia berjaya menjatuhkan Mahathir dan diangkat menjadi Perdana Menteri.

Kini pada era DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, dia telah didakwa cuba bersekongkol dengan pembangkang untuk menubuhkan gabungan baharu bagi menjatuhkan UMNO, tetapi dia gagal.

Terkini dia cuba mengendeng untuk bersama dengan PH, dan dengan kerasnya komponen PH, iaitu DAP dan Amanah awal-awal lagi menolak Muhyiddin yang mereka label sebagai pengkhianat.

Lihatlah baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal telah mendedahkan sikap khianat Muhyiddin berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan supaya mereka mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Jelas sekali dia cuba mengkhianati DS Ismail Sabri pula, dan menjadikan kerajaan pimpinan Ismail Sabri amat tidak stabil.

Konsep khemah besar yang cuba dipasarkan oleh PH pula, adalah terbuka kepada mana-mana parti kecuali Bersatu dan PAS, kerana tidak mungkin PH akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas mengkhianati amanah serta mandat rakyat, kata Presiden Amanah Mat Sabu.

Mat Sabu menegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kerana terpancing dengan tawaran-tawaran yang dijaja.

Bukan itu sahaja ada antara mereka diugut sebagaimana didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador. Ia juga telah dibuktikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli dalam afidavitnya di mahkamah.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kerana bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab menyebabkan PH tumbang melalui Langkah Sheraton.

“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terpedaya lagi. Saya tak akan terima, tutup pintu,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang media.

Anehnya cuma PAS yang naif ibarat ‘Pak Kadok’ sahaja yang sudi menerima pengkhianat.

Kebodohan PAS menolak Muafakat Nasional, serta tawaran kerusi UMNO di PRN Melaka dan PRN Johor terlihat jelas setelah kalah teruk di dua-dua PRN itu, malah juga di PRN Sarawak.

DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: