VIDEO – PKR DAN PH JANGAN MIMPI DI SIANG HARI UNTUK KEKALKAN KUASA DI SELANGOR -RAFIZI

Editorial

18 April 2022

Setelah Nurul Izzah mengingatkan bahawa PH tidak akan berjaya dalam tempoh sepuluh tahun lagi (dua penggal) untuk menguasai Putrajaya kerana pemerintahan PH yang lintang-pukang dan menyeksa rakyat, kini Rafizi Ramli pula tampil menempelak PH-PKR supaya tidak bermimpi di siang hari untuk kekal berkuasa di Selangor.

Tidak pasti adakah kenyataan kedua-duanya merupakan satu ‘reverse psychology’ atau ia merupakan satu penelitian peribadi mereka yang jujur.

Kekalahan PH di tujuh PRK semasa mereka berkuasa dan kekalahan teruk di PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor, sememangnya menjadi signal kepada kekalahan mereka pada PRU15 nanti.

Rafizi Ramli yang popular sebagai ‘pakar formula PKR’ telah meluahkan peringatannya kepada kepimpinan Pakatan Harapan dan PKR Selangor agar tidak mengambil mudah pilihan raya umum ke-15.

Sebagaimana telahan penganalisis politik Malaysia, PRN Johor adalah petunjuk kepada pola pengundi dan kecenderungan rakyat terhadap parti mana yang mereka fikirkan relevan untuk masa depan mereka.

Rafizi mendakwa situasi politik mutakhir ini sangat berbeza ketika PH menang mengejut dalam PRU14 pada 2018 lalu.

Namun Rafizi gagal membangkitkan isu fitnah, pembohongan, manifesto kerta tandas PH, janji bulan-bintang, dan porak-peranda pemerintahan PH sebagaimana diperakui oleh puteri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Hujah Rafizi, “Kalah kali pertama tidak mengapa, kali kedua, tapi ini dah sampai kalah kali keempat, apa dia! Kalau kalah pula di Selangor (PRU15) kita bukan saja masuk gua tapi masuk gua tutup gua tak timbul dah.

“Dan kalau adalah pimpinan dalam PH atau PKR, yang masih bermimpi di siang hari yang kita boleh menang mudah di Selangor seperti sebelum ini, saya minta simbah air dekat muka mereka.”

PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala PH berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan Muda masing-masing satu kerusi.

“Kalau Johor keputusannya begini, begitulah keputusannya pada PRU15 nanti,” kata Rafizi.

Beliau berkata, sekiranya kepimpinan PKR tidak bertindak terhadap isyarat dari Johor dan tiga lagi PRN – Sabah, Melaka dan Sarawak – kemungkinan besar parti itu akan kehilangan Selangor pada PRU15.

Rafizi turut memberi amaran kepada pemimpin PH Selangor yang mempunyai jawatan supaya bersedia untuk hilang kedudukan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.

“Kalau kita tak lakukan sesuatu sebagaimana isyarat dari PRN Johor berikan, saudara-saudara di Selangor, ada yang wakil rakyat, ada yang ahli majlis ada yang dapat elaun, saudara semua kena bersedia untuk hilang jawatan dalam tempoh tiga, empat bulan dari sekarang,” katanya sambil menambah PRU15 kemungkinan diadakan pada Ogos.

Bagus sekali jika Rafizi sedar tentang lanskap politik serta kecenderungan rakyat hari ini.

Namun sayangnya Rafizi cuba menyapu tabiat dirinya sebagai pemfitnah dan penghasut yang telah menyumbang kepada pola kebencian rakyat hari ini terhadap PH.

Rafizi juga gagal mendedahkan kecelakaan yang dibawa oleh DAP terhadap kaum Melayu-Islam, sebagaimana yang mereka lakukan terhadap Tabung Haji, malah Rafizi harus bertanggungjawab apabila mendakwa hibah Tabung Haji tidak ‘halal’ sehingga ramai pendeposit yang bertindak mengeluarkan deposit mereka dalam Tabung Haji.

Sikap hipokrit Rafizi yang menghilangkan diri dari pentas politik PKR tetapi kembali semula setelah dua syarikatnya hampir nazak, juga menjadi perhatian ahli-ahli PKR.

Malah Rafizi telah dikritik keras oleh pemimpin PKR lain apabila dia tampil semula seperti panglima pengecut yang telah lari dari medan perang dan kini mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Dia juga telah diselamatkan oleh undang-undang rimba PH setelah hukuman 30 hulan penjara terhadapnya dibatalkan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: