Pihak bahagian penerangan PKR telah menafikan bahawa wanita tersebut adalah ahli PKR, apatah lagi menjadi pemimpin PKR di mana-mana Cabang PKR dan tiada kaitan langsung dengan PKR. Walau bagaimana pun rakyat tertanya-tanya apakah maksud Presiden PKR apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa “Saya menyokong semua usaha untuk mempertahankan keselatan negara Israel?” Malahan rakyat tertanya-tanya juga mengapakah PKR menggunakan logo mata ‘Dajal’ sebagai simbul parti, sedangkan banyak simbul lain yang boleh digunakan untuk mengangkat falsafah ‘keadilan’?
ANWAR DAN DAP BERPISAH TIADA
Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman? Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?
ROS BERI NOTIS KEPADA PKR BERKAITAN KEMELUT PEMILIHAN – ADAKAH PKR AKAN DIHARAMKAN?
Patutlah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah menghemburkan air mata dalam Kongres PKR semalam, dan merungut ada pihak yang kalah pemilihan PKR kini menjadi ‘musuh dalam selimut’. Nampaknya tangisan Wan Azizah untuk menyesali aduan yang dibuat adalah terpesong, kerana sememangnya aduan patut dibuat bukan sahaja kepada RoS malah kepada pihak Polis dan SPRM.
SIAPAKAH MUSUH DALAM SELIMUT YANG DIMAKSUDKAN WAN AZIZAH DALAM KONGRES PKR?
Siapakah musuh dalam selimut PKR sebagaimana yang didakwa oleh Wan Azizah itu? Inilah yang membangkitkan persoalan kerana Wan Azizah tidak mendedahkan secara terang-terangan dan berani kepada ahli-ahli kongres yang hadir. Mengapakah pula Azmin Ali menjadi musuh dalam selimut sekiranya dia sudah sekian lama meninggalkan PKR dan kini bahagia bersama Bersatu (PPBM), malah telah diangkat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri?
CACAMARBA PEMILIHAN PKR: SELEPAS KALAH, BOLEH MENANG, SELEPAS MENANG BOLEH KALAH PULA
Nampaknya memang cacamarba proses pemilihan PKR, namun ramai pula suara yang terpantul dan berharap Rafizi Ramli diumumkan kalah dan Saifuddin Nasution pula diumumkan menang, walaupun sebelum ini Rafizi telah diisytiharkan menang.