WAN FAYHSAL KETANDUSAN MODAL APABILA KES BELLA PUN HENDAK DIKAITKAN DENGAN NAJIB

Editorial

18 April 2022

Setelah DAP cuba mengaitkan hukuman penjara enam tahun ke atas Sam Ke Ting oleh Mahkamah Tinggi JB dengan DS Najib, kini PPBM (Bersatu) pula cuba mencemari imej DS Najib dengan kes remaja ‘down syndrome’, Bella.

Jelaslah mereka ketandusan modal untuk merosakkan imej UMNO dengan menjadikan DS Naib sebagai sasaran semborono, dengan menggunakan apa sahaja isu wewenangnya yang boleh.

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal nampaknya amat terdesak apabila semalam 17 April, telah memuat naik gambar yang dirakam pada 2016 dalam majlis anugerah khas Puteri UMNO terhadap tertuduh, Siti Bainun dalam kes penderaan gadis ‘down syndrome’ bernama Bella.

Siti Bainun adalah tertuduh utama dalam kes penderaan Bella yang sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen KL, juga hangat tertular baik di media sosial serta media arus perdana.

Ironinya Wan Fayhsal lupa bahawa anugerah tersebut adalah sebahagian daripada agenda Puteri UMNO yang diketuai oleh Mas Ermieyati Samsudin yang telah melompat ke parti Bersatu.

Acara Anugerah Khas Puteri UMNO pada 2016 itu adalah ‘jauh panggang dari api’ kerana kes penderaan yang dikenakan terhadap Siti Bainun berlaku pada jangka waktu antara Feb dan Jun tahun lalu (2021).

Persoalannya kenapakah Wan Fayhsal tidak kaitkan pihak utama dalam majlis Anugerah Khas Puteri UMNO itu dengan rakan partinya Mas Ermieyati yang merupakan Ketua Puteri UMNO ketika itu?

Mas Ermieyati kini dikecam keras oleh UMNO kerana pembelotan meninggalkan UMNO, dan pada PRN Melaka dia telah kalah kepada calon UMNO Abdul Rauf Yusoh untuk merebut kerusi DUN Tanjung Bidara.

Kekalahan Mas Ermieyati kepada Abdul Rauf adalah sesuatu yang amat memalukan Bersatu kerana dia adalah calon Ketua Menteri PN.

DS Najib dengan keras menempelak tindakan Wan Fayhsal memuat naik gambar majlis Anugerah Puteri UMNO 2016 tersebut untuk memanipulasi nama baiknya.

Tegas DS Najib, bukan dia yang pilih enam penerima anugerah tersebut pada tahun 2016 dan alangkah baiknya sekira Fayhsal bertanya terus kepada bekas Ketua Puteri UMNO tahun 2016, Mas Ermieyati yang telah belot terhadap UMNO dan melompat ke Bersatu.

Sebelum itu ramai pemerhati politik yang merumuskan bahawa Mas Ermieyati telah diugut dengan dakwaan terpilih Muhyiddin-Mahathir dan ditawarkan habuan supaya melompat ke parti Bersatu.

Agak menghairankan apabila baru sahaja melompat ke Bersatu tetapi Mas Ermieyati telah diberikan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu DS Najib juga menjadi sasaran DAP apabila dalam kes kematian lapan remaja penunggang basikal lajak, Sam Ke Ting tidak dibenarkan diikat jamin.

DAP nampaknya buta kerana kes Sam Ke Ting telah melibatkan kematian lapan nyawa yang dilanggar melulu oleh kereta yang dipandu laju sehingga keempat-empat tayarnya terbalik mengadap langit pada kejadian 2.00 pagi itu.

Nampaknya DS Najib akan terus menjadi modal fitnah pihak yang memusuhi UMNO, sedangkan dia bukan lagi Presiden UMNO dan dia juga bukan calon PM UMNO sekiranya BN-UMNO menang PRU15 nanti.

DS Najib juga telah menyindir mereka yang kehabisan modal untuk memfitnahnya dengan soalan mengapakah tidak kaitkan dirinya dengan Perang Rusia-Ukraine dengan memuat naik gambarnya bersama Presiden Rusia Vladimir Putin yang tersiar juga pada 2016?

Manakala kes skandal seks Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dengan isteri bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin, sebagaimana heboh pada 2016  disembunyikan saja di bawah karpet.

Empat kali nama Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin disebut dalam SD bekas suami Nika Gee, isteri bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin.

Empat kali nama Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin disebut dalam SD suami Nika Gee, Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin.

 

Lantas, kenapakah kes skandal seks Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang meletup pada 2016, tidak pula menjadi perhatian Wan Fayhsal, yang hakikatnya jelas sehingga menjadi perhatian Jabatan Agama Islam Johor.

Fikirkanlah!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: