HIPOKRASI PH UNTUK LAWAN RASUAH DAN KEMUNGKARAN

Apabila Tommy Thomas yang merupakan peguambela kes rasuah Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara, tidak ada seorang pun dalam kalangan PH yang melihat isu ini sebagai rasuah politik (salah guna kuasa dalam lantikan politik). Bukan sahaja Tommy Thomas, malah lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, juga bersih dari rasuah sedangkan dia adalah antara pemimpin tertinggi PKR. Lantas PH nampaknya amat bersih dari rasuah dan itulah ‘keadilan’. Tetapi kontradiknya selepas itu banyak dakwaan politik dikenakan terhadap pemimpin UMNO meskipun siasatan membuktikan tiada asas tuduhan.

PH TUDUH UMNO, SEDANGKAN PH TELAH PUN TERBUKTI CABULI URUSAN PERUNDANGAN KETIKA BERKUASA

Lantas tidaklah hairan nanti sekiranya PH menang dan berkuasa sebagai kerajaan semula, maka mereka akan mengambil langkah yang sama, iaitu melantik Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Hakim Negara untuk membebaskan penjenayah daripada konco-konco mereka.

PH DAN KONCO-KONCO BANKRAP IDEA TERPAKSA KITAR SEMULA FITNAH KEMPEN PRU14

PH hakikatnya telah kehilangan isu untuk memusnahkan reputasi BN dan mereka sudah ‘muflis idea’. Anwar pula sememangnya sudah hilang sokongan kaum Melayu sebagaimana didakwa oleh Mahathir kerana ‘akidahnya yang boleh dipersoalkan’, menyokong pemurtadan umat Islam, moralnya yang rendah menyokong LGBT, dan kes seks songsangnya yang tidak putus-putus sebagaimana dakwaan Yusoff Rawther. DAP masih mahu mengangkat isu rasuah, tetapi mereka lupa bahawa Pengerusi DAP sedang bergelut dan tidak lama lagi akan disumbat ke penjara, kecuali jika terdapat komplot dengan Peguam Negara PN. Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin juga kehabisan modal dan masih dengan isu kleptokrat dan kluster mahkamah sedangkan dia sendiri berada dalam radar SPRM dalam isu menjarah RM600 bilion dana negara serta kes 1Bestari Net.

TOMMY THOMAS LACURKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SERTA MENGANCAM STABILITI NEGARA

Buku memoir Tommy Thomas juga dengan terbukanya mendedahkan kepincangan badan kehakiman negara dan membuktikan bagaimana dia telah melacurkan sistem berkenaan. Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kandungan memoir  Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah menyarankan supaya Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan menjalankan audit dan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, iaitu Tommy Thomas, selain dipertanggungjawabkan ke atas SPRM. Amatlah aneh apabila beberapa hari lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum sebagaimana kenyataan Peguam Negara Idsrus Harun.

BERSIH HANYALAH KELDAI KOTOR DAP-PH, BUKAN PEJUANG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Adakah Peguam Negara telah menjalankan tanggungjawabnya secara adil, atau ada 'tangan ghaib' yang mengawal badan kehakiman negara? Inilah yang menjadi sebahagian persoalan yang dibangkitkan oleh Azalina. Seharusnya BERSIH bertindak tanpa memilih bulu dan mencanangkan apa sahaja kebobrokan dalam sistem keadilan negara, dan bukannya menjadi keldai kotor dan jijik DAP-PH!

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: