Lihatlah baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal telah mendedahkan sikap khianat Muhyiddin berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri ke-10. Jelas sekali dia cuba mengkhianati Ismail Sabri pula dan menjadikan kerajaan pimpinan Ismail Sabri amat tidak stabil.
VIDEO – MUHYIDDIN SEPATUTNYA MALU DENGAN CERCAAN ‘PODDAH’NYA TERHADAP UMNO
Namun singa tua yang hilang taring itu tetap ego, angkuh dan riak, lantas lihatlah apa yang telah berlaku Rakyat harap Muhyiddin dapat menjawab afidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli terhadap ugutan yang dikenakan terhadapnya oleh orang-orang Muhyiddin, dan amat mengecewakan, juga SPRM yang menjadi keldai Muhyiddin, supaya Rozman melompat dari Warisan ke Bersatu jika tidak mahu dikenakan dakwaan terpilih. Pastinya ramai lagi yang malu untuk tampil mendedahkan ugutan sedemikian yang menyebabkan mereka melompat ke Bersatu.