UMNO sudah ada Muafakat Nasional yang disepakati dengan PAS, dan sudah pasti yang dominan adalah UMNO kerana jumlah Parlimennya yang membentuk majoriti, baik berbanding dengan PAS, apatah lagi Bersatu. Dengan itu juga UMNO atau BN tidak memerlukan Perikatan Nasional dan tidak menyokong pandaftaran Perikatan Nasional (PN). Wujudnya PN hanyalah sebagai satu ikatan adhoc demi menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan kakistokrasi PH (atau ada yang label gagalkrasi). Ia seakan-akan mengulangi senario Bersatu sebagai ‘parti melukut di tepi gantang’ ketika berada dalam PH, sehingga Tun Mahathir mengaku bahawa dia adalah ‘PM Boneka DAP’ (tapi Mahathir buat-buat lupa pula). Dengan rasional sedemikian, parti yang amat mendambakan Perikatan Nasional ialah Bersatu, demi survivalnya sendiri.
MUSUH DALAM SELIMUT TS MUHYIDDIN YASSIN
Apa yang dibimbangi adalah wujudkan kumpulan sulit sebagaimana parasit yang melumpuhkan daging dari dalam, atau ‘Trojan Horse’ yang dibanggakan tetapi hakikatnya ia adalah musuh dalam selimut, bukan sahaja kepada TS Muhyiddin tetapi juga kepada semua komponen PN.
DESTINI MAHATHIR ADALAH UNTUK MUSNAHKAN KUASA POLITIK MELAYU
Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu. Rasanya Mahathir pastinya gembira melihat kuasa politik Melayu musnah atas tindakannya yang lewah dengan keserakahan nafsu untuk berkuasa.
(Video) PAKATAN HARAPAN SEDANG NAZAK
Kontradiknya dengan tuduhan dan fitnah bahawa UMNO akan ditalkinkan, apa yang rakyat lihat hari ini ialah nazaknya PKR, Tun Mahathir ditendang keluar Bersatu, PH juga nazak apabila pembangkang berpecah-belah, PAN yang tidak laku, dan DAP dibenci oleh kaumnya sendiri, sedangkan UMNO terus kukuh dan utuh. Malahan Majlis Presiden PH sendiri mengakui bahawa Pakatan Harapan telah hilang sokongan rakyat. Dengan itu tidak usahlah pemimpin PH menjerit-jerit mahu ‘mandat rakyat’ dikembalikan kepada mereka.
KENAPA PH TIDAK TUNTUT MANDAT RAKYAT DI DUN CHINI?
Pada PRU14, Mei 2018, PH telah menang di 20 kawasan Parlimen FELDA, atas janji-janji palsu, pembohongan dan fitnah. Lantas, atas alasan apakah mereka takut dan gentar untuk menentang calon BN di DUN Chini yang majoriti pengundinya adalah peneroka FELDA?