VIDEO – PADAN MUKA, RAFIZI AKAN DISAMAN FITNAH OLEH CEO SAPURA

Editorial

19 April 2022

Disebabkan kenyataan-kenyataan Rafizi Ramli yang berdasarkan fakta-fakta yang dikutip dari ‘longkang’ tentang beberapa isu berkaitan masalah kewangan Sapura Energy.

Kenyataan Rafizi dibuat ketika berbalah dengan saranan DS Najib Razak agar Sapura Energy yang merupakan GLC kerajaan dalam sektor ‘Oil and Gas’ dibantu setelah menghadapi situasi yang amat tertekan akibat pandemik Covid19 dan ‘global lockdown’ yang menyekat aktivitinya.

Berbeza dengan DS Razak, Rafizi tidak merujuk kepada fakta-fakta kewangan Sapura sebaliknya hanya mengikut instuisinya yang liar dan lewah dengan fitnah.

Tabiat Rafizi bukanlah sesuatu yang baharu kerana prinsip politiknya ialah sekadar ‘menghasut rakyat setiap hari’.

Untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong hujahnya bukanlah sesuatu yang salah, tetapi ia menjadi amat salah sekiranya Rafizi hanya berhujah berdasarkan fitnah dan hasutan liar.

Inilah hakikatnya ketika PH dan PKR berkempen ketika menjelang PRU14, penuh dengan pembohongan, janji palsu, fitnah dan penipuan.

Akibatnya, walaupun PH menang, tetapi rakyat menilai mereka dan menjadi saksi akan porak-perandanya negara bukan sahaja kerana manifesto ‘kertas tandas’ yang bukannya ‘kitab suci’ tetapi PH membenarkan aktivis pengganas antarabangsa LTTE, penyerapan ideologi komunisme di sekolah-sekolah, bohong bahawa negara akan muflis, menggerakkan agenda ratifikasi ICERD, penrgerakan halus menjadikan negara sebuah republik dan pelbagai lagi yang melukaki hati kaum Melayu-Islam.

Menurut laporan media (FMT) surat tuntutan maaf telah dihantar kepada Rafizi oleh Sapura Energy. Antara lain, surat itu menuntut tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap presiden kumpulan dan Ketua Eksekutif Sapura, Shahril Shamsuddin, ditarik balik.

Tarikh akhir yang diberikan kepada Rafizi untuk mematuhi tuntutan itu tamat pada Selasa lepas dan peguam Shahril dijangka memfailkan saman fitnah ke atas Rafizi di mahkamah.

Shahril tersinggung dengan dakwaan Rafizi bahawa pemegang saham majoriti Sapura Energy yang dipimpin oleh Shahril, memperolehi sejumlah RM1.33 bilion, dengan RM1.1 bilion merupakan gaji dan selebihnya bayaran lain dan dividen.

Rafizi mendakwa bayaran itu adalah tiga kali ganda nilai dividen syarikat itu sebanyak RM440 juta yang dibayar kepada pemegang saham lain.

Hakikatnya imbuhan yang dibayar kepada semua pengarah eksekutif Sapura Energy, termasuk Shahril adalah berdasarkan keuntungan operasi yang mencerminkan prestasi pengurusan sebenar.

Shahril juga bersetuju suatu perjanjian pinjaman dikenakan ke atas saham pegangannya di Sapura Energy dan diri sendiri berhubung kemudahan bernilai kira-kira RM18 bilion yang diberikan kepada syarikat itu.

Tindakan Shahril itu membuktikan komitmennya kepada syarikat dan “bukannya individu yang memperkayakan diri sendiri dengan mengorbankan Sapura (Energy) seperti yang diterkandung dalam artikel-artikel terbabit,” kata peguam.

Shahril juga menyanggah dakwaan Rafizi bahawa gaji dan bonus beliau diikat pada harga saham Sapura Energy.

“Harga saham tidak menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi utama yang memberi kesan ke atas imbuhan pengarah-pengarah eksekutif,” menurut surat tuntutan itu.

“Pada dasarnya, Shahril diberi imbuhan selepas mencapai dan memenuhi semua petunjuk prestasi utama yang khusus,” kata peguam itu.

Diharap kali ini Rafizi akan kekal lama dalam ‘gua’ dan lenyap daripada lanskap politiknya yang penuh dengan fitnah dan pembohongan.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: