SETELAH ‘KHEMAH BESAR’ PH TOLAK MUHYIDDIN, GPS PULA TIDAK MAHU BERSATU BERADA DI SARAWAK

Pada 8 Mei, wakil Pengerusi GPS, lagi sekali menegaskan bahawa GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu, manakala GPS akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu.Dengan kata-kata lain tindakan Muhyiddin dan konco-konconya pada ‘Langkah Sheraton’ telah menyebabkan ketidakstabilan politik negara yang memberikan dampak negatif terhadap Sarawak, sebaliknya hanya memenuhi tuntutan peribadi. Fazzrudin merujuk kepada “krisis politik pada 2020”, dan beliau menegaskan “Kita sudah terlalu lama berada dalam kemelut politik dan dalam tempoh ketidakstabilan ini, pada tahap tertentu, melembabkan pembangunan ekonomi dan urus tadbir negara.” Rakyat akan ‘tunggu dan lihat’ adakah tindakan Muhyiddin terhadap Rozman Isli akan berulang di Sarawak dengan keputusan Abang Johari Openg itu.

KHEMAH BESAR HANYA MEMBAWA PERBALAHAN LEBIH GANAS DALAM PH2.0

Tapi hakikatnya kemelut dalam khemah besar ini akan menjadi lebih ganas berbanding dengan PH1.0 kerana bukan sahaja Anwar mahu menjadi PM, Shafie Apdal juga mahu menjadi PM, Mahathir juga mahu menjadi PM, atau setidak-tidaknya anaknya Mukhriz, dan jangan lupa bahawa pengkhianat PH1.0, Muhyiddin Yassin juga mahu menjadi PM.

VIDEO – BUKAN SAHAJA UMNO, PH JUGA TOLAK PARTI PIMPINAN PENGKHIANAT

Lihatlah baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal telah mendedahkan sikap khianat Muhyiddin berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri ke-10. Jelas sekali dia cuba mengkhianati Ismail Sabri pula dan menjadikan kerajaan pimpinan Ismail Sabri amat tidak stabil.

RAKYAT JANGAN LUPA BAGAIMANA BERSATU TELAH KHIANATI UMNO-BN DI PRN SABAH

Adakah MN suatu perjanjian yang bingai untuk menerima Bersatu sedangkan Bersatu adalah pihak utama yang merangka ‘ratifikasi ICERD dan Statut Rom’ sedangkan roh kepada perjanjian MN adalah menentang ICERD dan Statut Rom untuk menjaga ketutuhan Perlembagaan Persekutuan dalam hal mempertahankan kedudukan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Dengan strategi jahat Bersatu itu, UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisional UMNO-BN yang mempunyai peluang tinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan PN-Bersatu menang. Namun begitu dengan sifat dengki dan khianat, Bersatu masih melawan BN di 17 kerusi DUN Sabah dan meletakkan calon bebas di 6 kerusi untuk memecahkan undi BN. Lebih menyakitkan hati, walaupun UMNO-BN telah berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi, Ketua Menteri Sabah tetap dilantik daripada orang Bersatu.

VIDEO WAYTHA MOORTHY PENGKHIANAT NEGARA

https://www.youtube.com/watch?v=vr3jUtA3bdg&feature=youtu.be Antara intipati video Waytha Moorthy adalah seperti berikut: Waytha Moorthy menipu dalam rakaman video yang dirakam semasa dia di Belanda, Mufti Perlis mahu tindakan diambil ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang biadap itu Rakyat Malaysia hairan bagaimana pemimpin Hindu-India yang biadap sebegini boleh diangkat menjadi Menteri Waytha membawa ideologi anti-Islam sebagaimana berlaku... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: