AHLI POLITIK PERJUDIKAN KESELAMATAN NEGARA HARUS DIHUKUM

Pemimpin NED, Daniel Twining, pada hari kemenangan PH-DAP telah memperakui dan mendedahkan bekerjasama serta sokongan dana NED kepada parti pembangkang di Malaysia sejak tahun 2002. NED amat bangga dengan kemenangan PH-DAP dan menganggap bahawa ia juga satu kemenangan kepada NED. Adakah faktor ini yang menjadikan DS Anwar Ibrahim terikat dengan DAP dalam soal kerjasama politik, sehingga sanggup mencemarkan nama baik agama serta sokongan terhadap LGBT, pluralisme agama dan menggunakan simbol ‘mata dajal’ yang selari dengan simbol ‘Iluminati’ dan Freemason sebagai simbol PKR? Malangnya apabila pentadbiran PH-DAP lintang-pukang dan huru-hara, NED tidak pula tampil untuk menentang kegenjotan kerajaan yang dilabelkan sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin bodoh dan rakus.

BELUM KE GELANGGANG WARISAN-PKR SUDAH BERTELAGAH

Pemimpin PKR amat berharap untuk bertanding di 4 kawasan dalam senarai 13 kawasan DUN baharu di Sabah, tetapi semuanya telah dibolot oleh Warisan.. Jelas dilihat bahawa Shafie lebih yakin terhadap UPKO yang merupakan sekutu BN semasa PRU14, apabila memperuntukkan 12 DUN kepada parti yang seringkali berubah-ubah. Pemimpin PKR turut meluahkan kekecewaan mereka apabila rakan komponen daripada parti lain yang menyokong Warisan juga dilayan seperti kaldai apabila peruntukan DUN yang diberikan tidak setimpal dengan pengorbanan besar mereka.

ANWAR MASIH MENIKUS DENGAN MAHATHIR

Kami ingin mengatakan kepada Anwar, jika kamu hendak menundukkan harimau, maka kamu hendaklah bertindak sebagai singa, bukannya menjadi kambing yang hanya berani menanduk-nanduk batu di hadapan kawanan kamu, tetapi terus tunduk di hadapan harimau tua yang tidak bertaring itu.

(Video) KENAPA MASIH MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT BANGSA?

Kenapakah dia mengaku salah, sedangkan dunia tahu, inilah manusia hati batu yang tidak akan mengaku salah, dan akan memutar-belitkan setiap kenyataannya? Kenapakah dia mengaku salah, sedangkan dunia tahu, inilah manusia hati batu yang tidak akan mengaku salah, dan akan memutar-belitkan setiap kenyataannya? Tidak lain dan tidak bukan, itulah tindakan khianatnya terhadap Anwar, dan pemimpin PH, sehingga dia terasa amat bersalah.

(VIDEO) AMANAH TERUS DIPIMPIN OLEH ‘SI BADUT’

Mat Sabu mendapat sokongan corot dalam Konvensyen Amanah 2019. Dia menduduki tempat ke-7 daripada 27 jawatan yang dipertandingkan dalam konvensyen Amanah 2019. Keputusan pemilihan tersebut menunjukkan bahawa Mat Sabu bukanlah pemimpin yang berpengaruh dalam Amanah. Sistem pemilihan Amanah tidak ubah seperti sistem pemilihan DAP. Tidak hairanlah kalau ada penganalisis yang berani mengatakan bahawa Amanah ditubuhkan... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑