KETUA ARMADA BERSATU BETUL BANGAT– MUHYIDDIN TAK SAMA DENGAN NAJIB!

Namun hari ini Muhyiddin menggunakan ‘alasan tempang’ untuk tidak meletakkan jawatan kerana ahli-ahli dan kepimpinan tertinggi tidak mahu dia meletakkan jawatan, sedangkan Wan Saiful Wan Jan (pakar manifesto ‘kangkung’ yang amat kontroversi) disanjung, dipuja dan dipuji oleh ahli-ahli Perikatan Nasional kerana sanggup meletakkan jawatannya sebagai pemimpin berprinsip.

AKHIRNYA MUHYIDDIN DITAHAN SPRM JUGA

Jika tuduhan terhadap Muhyiddin Yassin adalah dakwaan terpilih, mengapakah mereka tidak persoalkan siapakah PM yang berkuasa sekarang? Adakah DS Anwar Ibrahim merupakan pemimpin UMNO? Lihat sahaja kes TS Shahril Samad, apabila bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri telah memperakui bahawa dakwaan terhadap Shahril adalah tergesa-gesa dan tidak signifikan. Kemudian Rakyat terkejut apabila Ahli Parlimen Sabah, Rozman Isli dalam afidavitnya di mahkamah telah mencatatkan bahawa beliau telah diugut oleh orang-orang Muhyiddin Yassin supaya melompat parti jika tidak mahu didakwa di mahkamah.

VIDEO – PROKSI RASUAH DIN PAGOH TERBONGKAR LAGI

Terdahulu, rakyat yang mengikuti kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang menyogok beberapa pemimpin negara pasti ingat apabila mahkamah mendedahkan bahawa TS Muhyiddin Yassin telah menerima sogokan daripada UKSB melalui proksi dan kroninya dari Pagoh iaitu Dtk Teo Wee Cheng. Terkini nama Teo Wee Cheng terbongkar lagi sebagaimana terbongkar dalam perbicaraan kes rasuah Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen dengan 9 pertuduhan, meminta dan menerima rasuah RM12.8 juta antara Julai 2021 hingga Oktober 2022. Adakah ini caranya membantu syarikat bumiputera memalui Jana Wibawa apabila syarikat yang diberikan projek terpaksa membayar wang sogokan?

SPESIS BAHARU PEROMPAK DIHERET KE MAHKAMAH DALAM KES RASUAH JANA WIBAWA

Wan Saiful, yang terkenal setelah terbangkit polemik di seluruh negara tentang manifesto yang disusunnya tidak lebih daripada pembohongan dan janji palsu, kini diheret ke mahkamah kerana kes rasuah yang membabitkan program Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa). Wan Saiful, dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada malam 20 Feb 2023. Lantas, nampaknya bertambahlah kluster mahkamah, serta spesis perompak baharu yang lebih tulen dalam isu rasuah negara.

VIDEO – SILAT MUHYIDDIN SUMBANG UNTUK MENEPIS KES JANA WIBAWA, BANYAK YANG TERLONDEH

Seketika setelah Muhyiddin mendakwa dia bukan suspek dan hanya merupakan saksi dalam kes rasuah Jana Wibawa, Ketua Pesuruhjawa SPRM, TS Azam Baki telah tampil mengecam penafian Muhyiddin itu, kerana siasatan sedang berjalan dan amat tidak wajar ‘bagi mana-mana individu membuat kesimpulan mereka sendiri, sama ada mereka dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam kes.’ Bagaimanakah pula Presiden UMNO boleh dikaitkan sedangkan Menteri Dalam Negeri adalah Naib Presiden PKR, DS Saifuddin Nasution, tidak sebagaimana tuduhan yang dikenakan terhadap kepimpinan UMNO ketika DS Hamzah Zainuddin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang juga merangkap Setiausaha Agung Bersatu? Manakala Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin juga yang dilabelkan sebagai ‘orang dia’ selari dengan lantikan pegawai kanan PDRM daripada kalangan ‘orang kita’ sebagaimana pengakuan DS Hamzah Zainuddin yang pernah menjadi polemik media arus perdana suatu ketika dahulu.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑