VIDEO – SILAT MUHYIDDIN SUMBANG UNTUK MENEPIS KES JANA WIBAWA, BANYAK YANG TERLONDEH

Editorial

22 Feb 2023

Tiga hari lalu, setelah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan, dengan pantas Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin menepis dengan kenyataan bahawa dia bukan suspek kes rasuah Jana Wibawa.

Dengan penuh optimis, meskipun mahkamah belum lagi membuat keputusan dan menjatuhi hukuman, dia telah menghebohkan bahawa dia bukan suspek kes, dia hanyalah saksi kes, malahan dia tidak bersalah.

Meskipun Perdana Menteri, YAB DS Anwar Ibrahim telah mendakwa terdapat salah guna kuasa dalam pentadbiran Muhyiddin setelah PH tersungkur oleh ‘Langkah Sheraton’, namun Muhyiddin terus melontarkan tuduhan bahawa ia adalah ‘dakwaan terpilih’ yang direncanakan oleh Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanakah pula Presiden UMNO boleh dikaitkan sedangkan Menteri Dalam Negeri adalah Naib Presiden PKR, DS Saifuddin Nasution, tidak sebagaimana tuduhan yang dikenakan terhadap kepimpinan UMNO ketika DS Hamzah Zainuddin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang juga merangkap Setiausaha Agung Bersatu?

Manakala Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin juga yang dilabelkan sebagai ‘orang dia’ selari dengan lantikan pegawai kanan PDRM daripada kalangan ‘orang kita’ sebagaimana pengakuan DS Hamzah Zainuddin yang pernah menjadi polemik media arus perdana suatu ketika dahulu.

Malahan TS Azam Baki juga adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik pada ketika Muhyiddin berkuasa sebagai PM.

Seketika setelah Muhyiddin mendakwa dia bukan suspek dan hanya merupakan saksi dalam kes rasuah Jana Wibawa, Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Azam Baki telah tampil mengecam penafian Muhyiddin itu, kerana siasatan sedang berjalan dan amat tidak wajar ‘bagi mana-mana individu membuat kesimpulan mereka sendiri, sama ada mereka dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam kes.’

Merujuk Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009, pegawai SPRM mempunyai kuasa memerintahkan mana-mana individu untuk hadir bagi tujuan disoal-siasat berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin.

Azam merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang mendakwa dia bukan suspek dalam kes itu.

Muhyiddin juga telah menuding jari kepada bekas Menteri Kewangan, Tengku DS Zafrul Abdul Aziz sebagai orang yang telah mencadangkan program Jana Wibawa semasa beliau masih Perdana Menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, pernah membuat kenyataan bahawa TS Muhyiddin Yassin telah menggunakan unsur ugutan untuk memancing mana-mana Ahli Parlimen supaya melompat ke parti Bersatu.

Rozman mendedahkan perkara itu ketika permohonan pembatalan dakwaan rasuah yang dia hadapi.

Pendedahan Rozman itu selari dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador, yang antara lain beliau menyatakan, “..pergi Sabah, tiba-tiba kang dah sorang mengaku nak melompat. Cuba SPRM siasat benda-benda macam ni, siasat orang-orang (yang mengugut) ini.”

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan membatalkan saman ke atasnya, Rozman mendakwa bahawa Antara yang menemuinya adalah seorang pegawai SPRM, pembantu PM Muhyiddin Yasin dan seorang Timbalan Menteri.’

Sementara itu pihak media telah melaporkan pada Januari lalu bahawa SPRM telah membekukan dua akaun bank Bersatu untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Kedua-dua akaun itu dilaporkan mengandungi kira-kira RM40 juta.

Sumber SPRM mendakwa pembekuan akaun itu atas dakwaan Bersatu menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM300 juta daripada kira-kira 10 kontraktor yang menerima pelbagai projek ketika parti itu mentadbir kerajaan.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: