Editorial
26 Feb 2023
Nampaknya persepsi awal rakyat tentang TS Muhyiddin sebagai pemimpin yang ‘bersih’ telah meleset apabila nama proksinya atau kroni rasuahnya lagi sekali terdedah di mahkamah dalam kes Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa).
Terdahulu, rakyat yang mengikuti kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang menyogok beberapa pemimpin negara pasti ingat apabila mahkamah mendedahkan bahawa TS Muhyiddin Yassin telah menerima sogokan daripada UKSB melalui proksi dan kroninya dari Pagoh iaitu Dtk Teo Wee Cheng.

Wee Cheng adalah Pengarah SSH Furniture Sdn Bhd, sebuah syarikat perobot dari Pagoh.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh saksi kes, iaitu Bekas Pengurus UKSB David Tan Siong Sun.
RM1.3 juta telah diberikan oleh UKSB kepada Teo Wee Cheng sebagai proksi kepada TS Muhyiddin Yassin.
Terkini nama Teo Wee Cheng terbongkar lagi sebagaimana terbongkar dalam perbicaraan kes rasuah Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen dengan 9 pertuduhan, meminta dan menerima rasuah RM12.8 juta antara Julai 2021 hingga Oktober 2022.
Wee Cheng didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan RM3.9 juta dan RM7.4 juta, yang juga 10% daripada harga kontrak program Jana Wibawa yang bernilai RM39.7 juta dan RM74 juta.

Wang sogokan berkenaan adalah sebagai upah bagi tertuduh membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn Bhd mendapatkan projek di Segamat dan sebagai upah kerana bersetuju melantik Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd sebagai subkontraktor.
Semua kesalahan itu pula didakwa dilakukan di syarikat milik Wee Cheng di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datok Azalina Othman Said telah mendedahkan di Parlimen berkenaan beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Wibawa membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.
Sebanyak 56 projek mendapat SST dan keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 billion.
Mahkamah Sesyen mengkategorikan pertuduhan itu mengikut Seksyen 16(a)((A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Lantas, beberapa persoalan terbangkit.
Adakah ini caranya membantu syarikat bumiputera memalui Jana Wibawa apabila syarikat yang diberikan projek terpaksa membayar wang sogokan?
Keduanya adakah Muhyiddin bersih apabila proksinya menuntut dan menerima wang sogokan berkenaan yang pastinya tidak dimasukkan ke akaun banknya secara terus.
Bagaimana pula dengan dakwaan TS Annuar Musa tentang wang berpuluh juta yang diambil di rumah Muhyiddin untuk membantu parti politik di Sabah?
Semuanya hanya menambah kotorkan nama Muhyiddin.
*****
Tinggalkan Jawapan