Gelagat kerakusan nafsu manusia mungkin boleh disembunyikan daripada makhluk Allah yang lain, namun Allah tahu setiap kelumit kejahatan dan kebaikan hati hambanya. Sumpah laknat atau sumpah mubahalah yang telah dibuat oleh DS Najib di masjid Kampung Baru pada 21 Ogos 2022, mungkin ditanggapi sebagai langkah tempang untuk mengelabukan rakyat dan masyarakat Islam seluruh dunia, namun ulamak bersetuju bahawa sumpah laknat tidak boleh dipermainkan. Namun hari ini, malah sebelumnya juga, beberapa peristiwa politik negara, termasuk tuduhan rasuah berprofil tinggi, seperti sedang memantulkan kesan sumpah mubalah DS Najib itu kepada pihak yang menganiaya dirinya.
VIDEO – PROKSI RASUAH DIN PAGOH TERBONGKAR LAGI
Terdahulu, rakyat yang mengikuti kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang menyogok beberapa pemimpin negara pasti ingat apabila mahkamah mendedahkan bahawa TS Muhyiddin Yassin telah menerima sogokan daripada UKSB melalui proksi dan kroninya dari Pagoh iaitu Dtk Teo Wee Cheng. Terkini nama Teo Wee Cheng terbongkar lagi sebagaimana terbongkar dalam perbicaraan kes rasuah Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen dengan 9 pertuduhan, meminta dan menerima rasuah RM12.8 juta antara Julai 2021 hingga Oktober 2022. Adakah ini caranya membantu syarikat bumiputera memalui Jana Wibawa apabila syarikat yang diberikan projek terpaksa membayar wang sogokan?
VIDEO – SILAT MUHYIDDIN SUMBANG UNTUK MENEPIS KES JANA WIBAWA, BANYAK YANG TERLONDEH
Seketika setelah Muhyiddin mendakwa dia bukan suspek dan hanya merupakan saksi dalam kes rasuah Jana Wibawa, Ketua Pesuruhjawa SPRM, TS Azam Baki telah tampil mengecam penafian Muhyiddin itu, kerana siasatan sedang berjalan dan amat tidak wajar ‘bagi mana-mana individu membuat kesimpulan mereka sendiri, sama ada mereka dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam kes.’ Bagaimanakah pula Presiden UMNO boleh dikaitkan sedangkan Menteri Dalam Negeri adalah Naib Presiden PKR, DS Saifuddin Nasution, tidak sebagaimana tuduhan yang dikenakan terhadap kepimpinan UMNO ketika DS Hamzah Zainuddin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang juga merangkap Setiausaha Agung Bersatu? Manakala Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin juga yang dilabelkan sebagai ‘orang dia’ selari dengan lantikan pegawai kanan PDRM daripada kalangan ‘orang kita’ sebagaimana pengakuan DS Hamzah Zainuddin yang pernah menjadi polemik media arus perdana suatu ketika dahulu.