DARI MANA MUHYIDDIN PEROLEH DANA SEDEMIKIAN BESAR UNTUK BIAYAI PRU15?

Nampaknya dengan pelantikan Anwar sebagai PM, ramailah yang akan kepanasan, termasuk Tun Mahathir serta kroni-kroninya. Walau bagaimanapun rakyat amat berharap agar Anwar turut membongkar segala musibah badan perundangan dan kehakiman negara yang telah dinodai oleh Tommy Thomas serta mereka yang turut terkait seperti Mohd Nazlan Ghazali, bekas Gabenor Bank Negara, serta pelantikan Ketua Hakim yang bercanggah dengan perlembagaan.

KECURANGAN SHAHIDAN KASSIM JELAS TERBONGKAR, KESETIAAN ANNUAR MUSA, NOH OMAR, HALIMAH SADIQUE, DAN TAJUDDIN RAHMAN AMAT DISANJUNG

Pemimpin yang sudah menempah nama besar tidak perlulah bersifat kebudak-budakan merajuk meninggalkan parti dan kemudiannya bersekongkol dengan pihak lawan setelah tidak dipilih menjadi calon PRU15. Di tengah-tengah kemelut Shahidan yang lebih menonjolkan dirinya sebagai pembelot dan pengkhianat UMNO, rakyat dapat melihat bagaimana tokoh-tokoh lain yang tidak dilantik sebagai calon Parlimen PRU15 tetap setia kepada parti dan tidak berganjak menyokong parti seperti TS Annuar Musa (Parlimen Ketereh), TS Noh Omar (Parlimen Tanjung Karang), Tajuddin Abd Rahman (Parlimen Pasir Salak) dan Dtk Halimah Mohamed Sadique (Parlimen Tenggara) – sekadar menyebut beberapa nama hebat.

VIDEO – PERKARA SULIT PERJANJIAN PM DAN MUHYIDDIN YANG CUBA DISEMBUNYIKAN TELAH TERBONGKAR

Rupa-rupanya setelah didedahkan oleh DS Lokman Noor Adam semalam, barulah terbongkar bahawa Perkara 7, 8 dan 9 adalah sesuatu yang amat mendukacitakan rakyat yang mahu keadilan dan sistem kehakiman bebas daripada kuasa politik. Adakah perkara ini yang menjadi katalis desakan terhadap tindakan mahkamah yang kelihatan tergesa-gesa mahu menamatkan perbicaraan kes SRC, sehingga banyak hak pembelaan diketepikan termasuk bukti-bukti baharu, pemohonan khidmat Queen Counsel, pemohonan penangguhan kerana lantikan peguambela baharu dan beberapa perkara lagi.

ISU TPM: JIKA MUHYIDDIN SANGGUP KHIANATI MAHATHIR, APAKAH DIA AKAN HORMAT HADI AWANG?

Ia suatu rahsia yang mendedahkan bahawa Muhyiddin tidak langsung menghormati Presiden PAS itu sebagai rakan utama dalam PN. Lantas, Hadi harus sedar bahawa rakan setia yang didewa-dewakannya itu, sehingga sanggup menolak Muafakat Nasional, adalah pembelot. Malahan Muhyiddin telah dilabel oleh media sebagai ‘pengkhianat’ yang telah mengkhianati PH dalam gerakan yang dinamakan Langkah Sheraton.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: