Editorial
25 Feb 2023
Dahulunya Wan Saiful Wan Jan sering melabelkan DS Najib sebagai perompak negara yang rakus, tetapi kini tohmahan tersebut terpantul kepada dirinya.

Wan Saiful, yang terkenal setelah terbangkit polemik di seluruh negara tentang manifesto yang disusunnya tidak lebih daripada pembohongan dan janji palsu, kini diheret ke mahkamah kerana kes rasuah yang membabitkan program Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa).

Saiful menerima dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta.
Bagusnya apabila dia telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu, mungkin kerana rasa bersalah dan alangkah baiknya sekiranya dia juga meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Saiful didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada Kerajaan Malaysia secara Pra-Kelayakan yang keseluruhannya bernilai RM232 juta.
Dia juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai sejumlah RM6.9 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek sama.
Wan Saiful didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim mahkamah membenarkan Wan Saiful diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya pada setiap dua bulan sekali sehingga kes selesai.
Media juga melaporkan wang jaminan tersebut disumbangkan oleh TS Muhyiddin Yassin yang turut hadir di mahkamah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon jaminan antara RM500,000 hingga RM1 juta terhadap Wan Saiful kerana ia melibatkan kesalahan yang serius.
Kedua-dua akaun bank Wan Saiful iaitu CIMB dan Maybank Islamic telah dibekukan oleh SPRM.

Sementara itu, hadir sama di mahkamah adalah beberapa pemimpin Bersatu, termasuk bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin dan naib presidennya, Radzi Jidin.
Wan Saiful, dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada malam 20 Feb 2023.
Sebelum ini Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan media bahawa dia bukan ‘suspek’ dalam kes rasuah Jana Wibawa, namun dakwaan Muhyiddin itu disangkal oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Lantas, nampaknya bertambahlah kluster mahkamah, serta spesis perompak baharu yang lebih tulen dalam isu rasuah negara.
*****
Tinggalkan Jawapan