DILEMA KEBIJAKSANAAN UMNO MEMILIH RAKAN GABUNGAN, PH ATAU PN

Apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific yang diura-urakan sebagai menentukan kata putus membentuk kerajaan baharu, ramai yang terkejut kerana selama ini disangkakan UMNO amat tegar dengan prinsip “No Anwar, No DAP’. Namun ia merupakan satu dilemma yang amat menghimpit dalam kebijaksanaan memberi pertimbangan tentang kedudukan UMNO dalam kerajaan baharu.

VIDEO – JATUHKAN HUKUM MASUK NERAKA JIKA UNDI BN DAN PH, ADAKAH UMAT ISLAM MEMAAFKAN?

Amatlah ironi, kontradik dan mengelirukan apabila PAS suatu ketika dahulu sanggup mengkafirkan UMNO, tetapi berpeluk-peluk dan bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Adakah perkataan hipokrit itu amat sesuai untuk PAS dan pemimpinnya? Setelah DAP tunjukkan kepada PAS siapakah mereka sebenarnya, baharulah PAS sedar dan mahu menyemarakkan perpaduan ummah bersama UMNO, tetapi kemudiannya menolak pula Muafakat Nasional. Apakah yang PAS mahu sebenarnya?

SATU TEMBAKAN MAUT PADA DADA DIN PAGOH APABILA NAIB PRESIDEN UMUM KELUAR PARTI

Ia satu tindakan yang akan mengalahkan batalian tentera di kubu pertahanan apabila Leftenan Jeneral yang dipercayai telah lari meninggalkan kubu pertahanan sebelum menembak dada Jeneral tepat di dada. Demikianlah analogi yang boleh digambarkan apabila Naib Presiden PPBM (Bersatu) Dtk Mohd Rafiq Naizamohideen telah mencanangkan bahawa dia akan keluar meninggalkan parti.  

ARMADA BERSATU SUDAH NAIK ANGIN MAHU BOIKOT CALON PAS DI JASIN

Lantas Armada Bersatu mempunyai alasan kukuh untuk membantah PN meletakkan calon parti PAS yang tidak kompeten jika merujuk kepada keputusan PRU14. Inilah masalahnya apabila Bersatu bergabung dengan PAS sedangkan antara mereka terdapat pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bertolak ansur dan merujuk pada fakta.

GEMPAR! HADI AWANG AKUI DIA PERANCANG UTAMA LANGKAH SHERATON

Walau bagaimanapun terbangkit juga persoalan dan polemik, mengapakah baharu sekarang Hadi Awang mendedahkannya? Adakah Hadi cuba memenangi hati pengundi untuk menyokong PN, yang masih di bawah kuasa PM ‘Gagal’ Muhyiddin Yassin? Atau Hadi cuba selamatkan Muhyiddin yang dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PH? Hakikatnya Muhyiddin cuba mengkhianati PAS dengan perjumpaan rahsia bersama PH untuk mewujudkan kembali kerjasama di bawah ‘khemah besar’ sebagai tanda bahawa dia tidak yakin pada PAS.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: