Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh seorang penganalisis politik, Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan sebagai komunis. Selain itu PH juga telah berjaya membina satu budaya baru (precedence) iaitu ‘perhimpunan bekas pejuang gerila komunis’ di sebuah institut milik Dong Jiao Zong di Kajang Selangor.
PRK SLIM- KUASA KETIGA PEJUANG TIDAK DITERIMA RAKYAT
Dengan itu juga Mahathir telah mewujudkan parti baharu ‘Pejuang’ yang bebas daripada PH, sebaliknya terus memusuhi BN dan Muafakat Nasional, dua parti yang menjadi tunjang harapan kaum Melayu. Apa yang rakyat lihat, kelahiran ‘Pejuang’ sama juga dengan kelahiran PPBM dahulu, hanyalah bermatlamatkan untuk memecah-belahkan kuasa politik Melayu, sebagaimana kebencian Mahathir terhadap kaum Melayu. Anehnya, dia masih mahu mempergunakan kaum Melayu atas nama ‘pejuang tanah air’ sedangkan selama ini dia mengutuk, menghina dan mencaci kaum Melayu sebagai pemalas, perasuah dan perompak.
MAT SABU JAHIL TENTANG KETUANAN KULIT PUTIH AMERIKA
Mat Sabu gagal merujuk Perlembagaan Malaysia perkara 153, yang cuba dipadamkan oleh kaum pendatang dan bangsa DAP, sehingga ia membangkitkan kemarahan kaum Melayu sebelum tercetusnya 13 Mei. Isu yang berbeza di Malaysia ialah, kaum asing mencabar ‘Malay supremacy’ bukan ‘Malay supremacy’ yang mencabar hak kaum lain sehingga meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei itu. Selepas PRU 1969, kaum asing telah menolak ‘Malay supremacy’ dengan sikap biadab mereka di Selangor setelah mereka kalah satu kerusi ADUN. Sebaliknya mereka bertindak seperti mereka telah berkuasa di Selangor sehingga berani menghalau ‘Menteri Besar’ keluar daripada Selangor seumpama kaum Red Indian yang dihalau dan dibunuh oleh penjajah kulit putih di Amerika.
SEMASA BERKUASA, PH DAKWA MEREKA BERSIH RASUAH, SEKARANG LIHATLAH PENDEDAHAN SPRM
Pada Mei 2019 dengan penuh keangkuhan dan gimik politik, Tun Mahathir telah membuat kenyataan media bahawa rakyat tidak lagi menerima BR1M, nelayan tidak lagi dibantu, dan pelbagai bantuan kerajaan BN tidak lagi diteruskan oleh PH, kerana PH tidak makan rasuah seperti kerajaan terdahulu.
PEMIMPIN TERTUA DUNIA LEBIH SUKA MELIHAT KUASA POLITIK MELAYU PECAH-BELAH
Mahathir bin Mohamad anak lelaki Iskandar Kutty, mengikut asal keturunannya adalah daripada keturunan Kutty, Kerala India, dan dengan itu daripada darah bapa dan datuknya, dia bukanlah daripada keturunan Melayu tulen. Meskipun JPN mempunyai tafsiran Melayu yang berbeza tanpa mengira keturunan asal bapa kandung, hakikatnya manusia seperti Mahathir, bukanlah berdarah Melayu tulen. Dalam Sulalatus Salatin karya... Continue Reading →