Editorial
24 Mei 2022
Penubuhan Muafakat Nasional (MN) serta Piagam Muafakat Nasional tiada kena-mengena dengan kerjasama BERSATU (PPBM) sebagai rakan gagasan.
Berbeza dengan pendirian dangkal PAS, UMNO tidak dapat menerima BERSATU kerana asas penubuhan BERSATU adalah untuk menggantikan UMNO, malahan ‘membunuh’ UMNO.
BERSATU ditubuhkan oleh Mahathir bersama rakan sekongkolnya Muhyiddin Yassin ketika mereka masih bersama dengan PH.
Malahan sebagaimana dakwaan bekas Naib Presiden BERSATU, Datok Hamidah Osman, BERSATU adalah cetusan idea Pengerusi DAP, Lim Kit Siang ketika itu, untuk memusnahkan UMNO dan menarik sokongan akar umbi UMNO ke BERSATU pimpinan Mahathir. Itulah agenda utama parti cauvinis Cina yang suka melihat perpecahan kaum Melayu.

Tiadalah bezanya idea Lim Kit Siang itu apabila dia juga telah memberikan idea yang sama kepada Mat Sabu untuk menubuhkan PAN (AMANAH) bagi menggantikan PAS dan menarik penyokong PAS.
Menyelak sejarahnya, penubuhan MN adalah hasil daripada semangat umat Melayu-Islam menentang ratifikasi ICERD-Statut Rom atas paksi Perpaduan Ummah demi mempertahankan kedudukan agama Islam, status kaum Melayu-Bumiputera serta kedudukan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang tercatat utuh dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tercatat bersama tinta air mata umat Islam yang telah berpecah sejak tersebarnya ‘Amanat Hadi.’
PAS seperti tidak sedar dan belum sedar tentang hakikat bahawa BERSATU adalah sebahagian daripada pejuang ratifikasi ICERD.
PAS tidak mahu bertanya di manakah pemimpin BERSATU seperti Muhyiddin Yassin berada ketika hampir 1.9 juta umat Islam berkumpul di tengah-tengah kota KL untuk menentang ratifikasi ICERD dalam satu perarakan mega, terbesar dalam sejarah Malaysia.
Dalam Piagamnya, MN bersetuju bahawa UMNO dan PAS akan bekerjasama dalam pembahagian kerusi di PRU dan PRN. Pada prinsipnya kedua-dua parti iaitu PAS dan UMNO tidak boleh mengambil kerusi tradisional UMNO mahupun kerusi tradisional PAS.
Jika ada pertandingan antara PAS dan UMNO pada PRU-PRN sebelumnya, mana-mana pihak yang mendapat undi lebih banyak hendaklah diberikan hak meletakkan calon.

Malangnya hakikat persetujuan ini ditolak oleh PAS semasa di PRN Melaka dan PRN Johor, yang bermakna PAS tidak patuh pada piagam MN.
PAS dilihat tunduk pada BERSATU yang dibenci oleh semua parti utama negara seperti PKR, Amanah, DAP, UMNO, Warisan, dan GPS Sarawak. Apakah sebabnya?
Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin dilabel sebagai pengkhianat bukan sahaja oleh bekas rakan-rakannya dalam PH tetapi juga UMNO apabila dia awal-awal lagi telah mengkhianati UMNO kerana bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib ketika Mahathir masih dengan PH.
Namun kemudiannya melalui Langkah Sheraton, Muhyiddin juga telah khianati Mahathir dengan meninggalkan PH bersama-sama dengan sekumpulan ahli parlimen yang membatalkan kuasa PH sebagai parti pemerintah pada Feb 2020.
Rakyat juga melihat Muhyiddin sebagai pengkhianat yang dibenci, tetapi PAS buta tentang itu semua.
Kini, terkeluar daripada Piagam MN, PAS menuduh UMNO menolak MN sedangkan MN yang diperjuangkan oleh PAS adalah MN+BERSATU.
Antara pengkhianatan BERSATU terhadap UMNO telah tertonjol dalam PRN Sabah. BERSATU merampas jawatan KM Sabah yang sewajarnya diberikan kepada parti yang dominan, malah BERSATU telah merampas kerusi milik UMNO dan meletakkan calonnya di beberapa kerusi DUN Sabah.
Pemerhati politik melihat PAS sudah termakan dengan jawatan Menteri dan GLC yang diberikan oleh Muhyiddin Yassin kepada pemimpin PAS, ketika dia menjadi PM kerajaan ‘Katak’ apabila terdapatnya 36 Ahli Parlimen BERSATU, tetapi yang tulen hanya 5.
Tokoh dan juga penganalisis politik seperti Lokman Noor Adam percaya bahawa presiden PAS, Hadi Awang telah dicucuk hidungnya oleh Muhyiddin dengan ugutan ‘dakwaan terpilih’, malah pada tahun 2021 terdapt kes Hadi yang diselamatkan oleh konco-konco Muhyiddin seperti Peguam Negara, SPRM dan badan Kehakiman.
Ada rahsia yang hanya Muhyiddin-Hadi Awang sahaja yang tahu.

Apabila Muhyiddin tumbang pada 2021, dia telah meletakkan syarat kepada Ismail Sabri supaya kedudukan para menteri kabinet tidak boleh diubah, dan dengan itu Ismail Sabri terpaksa patuh apabila, Menteri KDN tidak berubah, Peguam Negara tidak berubah, Ketua Polis Negara tidak berubah dan Hakim Negara juga tidak berubah.
Justeru, meskipun Ismail Sabri diangkat sebagai PM, tetapi Muhyiddin tetap menjadi pemimpin yang mendominasi kerajaan.
Lantas kerajaan pimpinan Ismail Sabri lebih sesuai diterjemahkan sebagai kerajaan boneka Muhyiddin.
…bersambung pada Wacana 2
Tinggalkan Jawapan