Editorial
23 Mei 2022
Anwar sering mendabik dada dia dan partinya bersih dan mengutuk orang lain sebagai perasuah, kleptokrat dan pelbagai penghinaan.

Paradoksnya, dalam parti sendiri, penuh dengan penyelewengan, bibit-bibit rasuah dan gengsterisme sebagimana laporan polis yang dibuat oleh akar umbi PKR terhadap gejala beli undi pada pemilihan PKR 2022.
Pada pemilihan 2018, Wan Azizah pernah memberikan RM100,000 kepada cabang Julau, Sarawak ketika akar umbi sedang sibuk membuat pemilihan parti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya sendiri turut membidas kerana tiada sebab Wan Azizah perlu melakukan lawatan berkenaan pada hari-hari terakhir menjelang pemilihan di Sarawak.
Kenapa Timbalan Perdana Menteri tidak melawat selepas pemilihan parti?” Harus diingat bahawa Julau memiliki 13,000 ahli yang juga cabang memiliki jumlah ahli terbesar PKR Sarawak. Maka, cabang itu berupaya menjadi ‘kuasa penentu’ kepada proses pemilihan PKR.
Lawatan Wan Aziziah ke Julau diikuti dengan pemberian peruntukan RM100,000, kononnya untuk membina jalan raya di kawasan itu.
Namun mengapa dibuat pada hari pemilihan?
Apa yang disiarkan hanyalah sebahagian daripada gejala rasuah di cabang PKR, yang hakikatnya beratus lagi mendiamkan diri setelah menerima wang sogokan pembelian undi.
Sebagaimana salah satu laporan daripada Malaysian Gazette, lebih banyak laporan polis telah dibuat terhadap calon dalam pemilihan PKR berhubung dakwaan wujudnya politik wang bagi membeli undi.
Undi itu bukan sahaja untuk seorang calon, sebaliknya juga untuk keseluruhan ‘cai’ kumpulan bertanding dalam pemilihan PKR 2022-2025.

Terbaharu, sekumpulan ahli lebih 20 orang telah membuat laporan polis berhubung pemberian barangan makanan asas dan lain-lain dengan pesanan untuk mengundi calon tertentu pada undian fizikal pada hari ini yang bertempat di Golf & Resort Bukit Beruntung.
Pelapor turut menunjukkan salinan laporan polis itu, selain beberapa kepingan gambar barangan disifatkan ‘rasuah’ dan pesanan untuk mengundi calon tertentu.
Minggu lalu 17 Mei, Sinar Harian turut melaporkan seorang ahli PKR yang juga pengundi di Ulu Selangor mendakwa ditawarkan wang sogokan ribuan ringgit sebagai ganjaran jika memberi undi kepada salah seorang calon bertanding dalam pemilihan cabang.

M Soundrarajan Mariappa, mendakwa dalam satu pertemuan, seorang ahli PKR meminta dia mengundi calon terbabit dalam pemilihan cabang berkenaan.
Kata Soundrarajan, “Beliau (individu terbabit) meminta saya supaya memberitahu semua ahli di bawah saya supaya mengundi calon terbabit dan akan diberikan wang sebanyak RM50 kepada setiap ahli di bawah saya.
“Saya juga akan diberikan wang sebanyak RM1,000 jika ahli saya mengundi calon terbabit malah saya diberitahu akan menerima (pembayaran lagi) jika berjaya memanggil lima lagi ketua ahli.
“Saya akan menerima ganjaran sebanyak RM1,000 bagi setiap orang yang mengikuti saya namun saya tidak bersetuju,” katanya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, pengadu turut memaklumkan mempunyai calon pilihannya sendiri sekali gus bertindak membuat laporan polis dan seterusnya akan melaporkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan PKR.
Sementara itu, seorang lagi PKR dan calon bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan, M Santhiran memberitahu media, aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi siasatan menyeluruh.
“Kita adalah parti yang bercakap tentang reformasi, yang menolak rasuah dan politik wang. Seandainya benar wujudnya dakwaan-dakwaan ini, ia perlu disiasat dan bukanlah membiarkan golongan ‘kayangan’ terus kebal melakukan apa sahaja.
“Yang buat laporan ini bukanlah melakukan gimik pilihan raya sebaliknya benar-benar amanah dalam perjuangan parti. Tolonglah siasat dan jangan biarkan perkara seumpama ini berulang pada masa hadapan.
“Malu kita kepada pihak lain, kita tuding jari pada ahli politik dan parti lain. Kita gah bercakap tetapi apabila berlaku depan mata, jangan lupa kita biarkan begitu sahaja,” tegasnya.
Santhiran bersama seorang lagi ahli, Aylwin Chan Wai Tuck telah membuat laporan polis bagi tindakan susulan dan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan itu.
Mereka turut bimbang dengan keselamatan ahli yang tampil membuat laporan.
Lihatlah Anwar, adakah kaum bukan-Melayu sahaja dalam kalangan akar umbi PKR yang berani membuat laporan polis, sedangkan kaum Melayu PKR seronok dengan wang sogokan yang mereka terima?
Lantas Anwar, usahlah mendabik dada sebagai wira melawan rasuah pada parti lain, sedangkan dalam parti pimpinan kamu sendiri, gejala beli undi amat berleluasa.
******
Tinggalkan Jawapan