VIDEO – PEMIMPIN TUA 22 TAHUN 22 BULAN DIBIDAS ANWAR KERANA LUPA PADA RAKYAT KETIKA DIA BERKUASA

Mahathir sudah tua, bagaimana mahu terus mengekalkan kuasa menongkat langit dan dengan cara yang kejam dan zalim buat orang seperti ini. Dia gunakan instrumen polis seperti Gestapo, memukul, mendera dengan cara yang cukup memalukan. Mahkamah bersidang dengan cara sidang yang luar biasa cepat dan cekap, tidak mendengar langsung rayuan dan permintaan daripada peguambela.

KETEGASAN ANWAR MELAWAN JERUNG-JERUNG RASUAH DISOKONG PENUH

Tidak hairanlah jika pihak tertuduh yang gelabah dan tidur tidak lena, telah kehabisan modal dan dengan alasan tempang menuduh kerajaan dan SPRM melaksanakan dakwaan terpilih. Anwar menegaskan bahawa arahan kepada badan penguatkuasa seperti SPRM adalah menyeluruh dan tidak kepada parti tertentu, apatah lagi individu tertentu.

KATAK POLITIK YANG TIDAK LAGI RELEVAN DIGESA BERSARA

Azmin dituduh bertanggungjawab mengepalai 11 ahli parlimen PKR untuk berpaling-tadah menyokong Bersatu pada 2020 sehingga menyebabkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang. Walau bagaimanapun Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa dan PRN Selangor nanti akan memperlihatkan adakah Azmin masih relevan untuk terus aktif dalam arena politik negara. Kenyataan Azmin untuk ‘berehat’ pastinya akan mengecewakan pula pemilih di DUN Bukit Antarabangsa yang telah memberikan mandat kepadanya, kecualilah mereka juga telah hilang kepercayaan kepada Azmin.

KABINET BAYANGAN ATAU AGENDA JATUHKAN KERAJAAN PERPADUAN?

Meskipun ia sekadar meliputi urusan parlimen dalam hal memperkukuhkan peranan PN selaku pembangkang, dan menyelaraskan pengurusan parti, namun menguar-uarkannya sebagai ‘Barisan Kabinet Bayangan’, pastinya mengelirukan rakyat. Pelbagai spekulasi terbangkit, yang antara lain ia seperti menubuhkan satu barisan ‘Kabinet PN’ untuk menentang, menjatuhkan, dan menggantikan Kerajaan Perpaduan yang telah diperkenankan oleh DYMM SPB YDP Agong bagi menerajui pentadbiran negara. Sekiranya ia adalah satu strategi ‘psywar’ atau perang saraf untuk menentang barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ sedia ada, maka sudah terang lagi bersuluh, ia hanyalah mamai di siang hari.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: