VIDEO – MEMALUKAN, DUA LAGI AP DEDAH DIUGUT ‘KERAJAAN KATAK’ SUPAYA LOMPAT PARTI

Meskipun Menteri Undang-Undang, DS Dr Wan Junaidi mendedahkan terdapat 39 Ahli Parlimen yang telah melompat parti, namun 26 daripada mereka adalah ‘katak-katak politik’ yang telah melompat masuk ke Bersatu (PPBM). Terkini, selain Rozman Isli, dua lagi iaitu Ahli Parlimen Batu dari PKR, YB Prabakaran (Batu) dan Tangga Batu, YB Rusnah Aluai, telah mendedahkan bahawa mereka telah dipujuk supaya melompat (ke parti Bersatu) dengan habuan jawatan.

PN-PH MAHU TUBUH GABUNGAN PAKATAN BAHARU YANG CACAMARBA

Setelah PH dan PN kalah teruk pada PRN Melaka dan kemudian diikuti dengan kekalahan teruk PH di PRN Sarawak, terkini pula di PRN Johor, mereka mula sedar bahawa perpecahan antara mereka menjadi faktor utama kekalahan tersebut. Parti Pejuang pimpinan Tun Mahathir pula terus tersungkur ke bumi, seakan-akan baru sedar rakyat Johor menolak mereka setelah hilang wang deposit di 42 kerusi DUN yang dipertandingkan (hilang wang deposit jika hanya memperoleh <8 % undi). Di tengah-tengah ribut seruan Mahathir untuk membentuk Pakatan Besar semua parti yang memusuhi BN-UMNO, meletup pula naratif bahawa Muhyiddin telah menganjurkan perjumpaan PN-PH di Pulau Carrey.

MAHATHIR RAMAL BERSATU AKAN KALAH TERUK PADA PRU15 SEBAGAIMANA TERBUKTI DI PRN MELAKA

Pada Feb 2020 setelah Mahathir memeletakkan jawatan sebagai PM, Muhyiddin pula diangkat sebagai pengganti bukan atas mandat rakyat, tetapi atas bancian DYMM Agong dalam kalangan Ahli Parlimen yang didominasi oleh Pakatan Harapan (PH). Bagi UMNO, Bersatu adalah merupakan golongan bekas pemimpin PH yang dianggap sebagai pengkhianat atau katak politik. Walau bagaimanapun ketika Bersatu bersama dengan PH, mereka hanyalah melukut di tepi gantang, malah Tun Mahathir mengaku bahawa dia adalah boneka DAP. Dengan itu, ramalan Tun Mahathir serta pemimpin yang peka terhadap kelemahan Bersatu, optimis parti itu akan kalah teruk pada PRU-15 nanti.

DEMI PENYATUAN UMMAH, KAUM MELAYU PERLU KALAHKAN PERIKATAN NASIONAL DI MELAKA – ISHAM JALIL

Pada ketika itu dia (Muhyiddin) telah berjumpa dengan Dr Mahathir dan berkata bahawa jika keadaan ini berterusan maka PPBM akan terkubur dalam pilihanraya umum ke-15 kelak, oleh itu sesuatu perlu dibuat. Lalu mereka telah jatuhkan kerajaan mereka sendiri dan mendapatkan sokongan orang lain pula. Ini adalah suatu pengakuan terbuka oleh Tan Sri Muhyiddin dan ini membuktikan apa yang saya kata selama ini iaitu tujuan mereka (PPBM) bekerjasama dengan UMNO dan PAS bukanlah sebab penyatuan Melayu seperti yang mereka laung-laungkan, tetapi kerana mereka mahu mengambil kesempatan dan bersikap opportunistik dan pentingkan diri untuk menyelamatkan tengkuk mereka sendiri yang sedang tenggelam; Penyatuan Melayu hanyalah retorik politik mereka sahaja.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: