MAHATHIR! JANGAN HINA PENGUNDI MELAYU

Mahathir harus sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka mengundi PH pada pada PRU14.Kaum Melayu juga sedar tentang kronisme Mahathir yang lebih mengutamakankan kapitalis bangsa Cina, dan nepotismenya yang memetingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama semasa PRU14 kerana terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji manis manifesto yang bukan kitab ‘Bible’ seperti diperakui Mahathir. Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga dengan kerajaan Singapura.

VIDEO- PENUBUHAN ‘GERAKAN TANAH AIR’ (GTA) HANYA HIPOKRASI MAHATHIR – NAIB PRESIDEN PUTRA

Slogan yang dikompangkan GTA kononnya untuk menggerakkan agenda ‘menyatukan Melayu dan Islam’ hanyalah retorik politik yang merupakan suatu ’usaha menipu rakyat’ terutamanya kaum Melayu-Islam. Agenda Mahathir yang merupakan Pengerusi Pejuang kononnya hendak menyatukan dan membela Melayu-Islam telah dikritik ramai kerana apa yang dilihat hanyalah muslihat Mahathir untuk memecahbelahkan ikatan Melayu-Islam.

WACANA 1: PAS MAHU WUJUDKAN GAGASAN PERPADUAN UMMAH UNTUK MENOLAK UMNO, TAPI REALITINYA MENJENGKELKAN (VIDEO)

Menyelak sejarahnya, penubuhan MN adalah hasil daripada semangat umat Melayu-Islam menentang ratifikasi ICERD-Statut Rom atas paksi Perpaduan Ummah demi mempertahankan kedudukan agama Islam, status kaum Melayu-Bumiputera serta kedudukan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang tercatat utuh dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tercatat bersama tinta air mata umat Islam yang telah berpecah sejak tersebarnya ‘Amanat Hadi.’ PAS seperti tidak sedar dan belum sedar tentang hakikat bahawa BERSATU adalah sebahagian daripada pejuang ratifikasi ICERD.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: