Walau bagaimanapun terbangkit juga persoalan dan polemik, mengapakah baharu sekarang Hadi Awang mendedahkannya? Adakah Hadi cuba memenangi hati pengundi untuk menyokong PN, yang masih di bawah kuasa PM ‘Gagal’ Muhyiddin Yassin? Atau Hadi cuba selamatkan Muhyiddin yang dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PH? Hakikatnya Muhyiddin cuba mengkhianati PAS dengan perjumpaan rahsia bersama PH untuk mewujudkan kembali kerjasama di bawah ‘khemah besar’ sebagai tanda bahawa dia tidak yakin pada PAS.
DAP BUAT LAPORAN RASUAH TERHADAP HADI AWANG, ADAKAH INI YANG DESAK PAS PATUH PADA MUHYIDDIN?
Kini terbangkit pelbagai spekulasi, antaranya adakah inilah yang menjadi alasan utama kenapa Hadi terpaksa menjalin hubungan akrab dengan Muhyiddin dan patuh padanya sehingga terpaksa menolak Muafakat Nasional (MN) yang telah dijalin dengan UMNO, dan menerima Perikatan Nasional (PN) yang menjamin kesinambungan hayat politik Muhyiddin. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh DS Lokman Noor Adam untuk menjelaskan mengapa Hadi terpaksa mengabaikan MN dan menerima PN sedangkan akar umbi PAS sendiri menolak PN dan melabelkan Muhyiddin sebagai ‘pengkhianat’ bukan sahaja kepada PH, tetapi juga terhadap PAS dan UMNO.
TAKIYUDDIN HASSAN KAKI PUTAR-BELIT?
Hakikatnya, sepanjang empat tahun Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan, UMNO tidak pernah sekalipun dijemput ke mana-mana Muktamar Tahunan PAS, mahupun mesyuarat di peringkat PAS kawasan mahupun Negeri Kedah. Peliknya, pada tahun 2022 ini kecoh pula tentang kononnya tidak seorang pun kepimpinan UMNO hadir pada Muktamar PAS? Bagaimana kepimpinan UMNO hendak hadir jika tiada sebarang jemputan dibuat atas kapasiti parti? Apakah kerana kekecohan tersebut sengaja PAS cetuskan gara-gara Pilihan Raya Umum (PRU)15 yang hampir tiba.
HADI AWANG DIKRITIK KERANA SALAH PILIH RAKAN SEKUTU POLITIK
Jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun demi bersama menentang ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional (BN) masa itu, maka tidak malukah kita pada ALLAH SWT, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat? Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?
ISU TPM: JIKA MUHYIDDIN SANGGUP KHIANATI MAHATHIR, APAKAH DIA AKAN HORMAT HADI AWANG?
Ia suatu rahsia yang mendedahkan bahawa Muhyiddin tidak langsung menghormati Presiden PAS itu sebagai rakan utama dalam PN. Lantas, Hadi harus sedar bahawa rakan setia yang didewa-dewakannya itu, sehingga sanggup menolak Muafakat Nasional, adalah pembelot. Malahan Muhyiddin telah dilabel oleh media sebagai ‘pengkhianat’ yang telah mengkhianati PH dalam gerakan yang dinamakan Langkah Sheraton.