ELOKLAH SEKIRANYA AKTIVIS LTTE DALAM DAP DISINGKIRKAN PADA PRN PULAU PINANG

Maklumat tentang penyingkiran nama Ramasamy dipercayai dikeluarkan oleh sumber dalaman parti itu sendiri daripada kem Pengerusi DAP, Lim Guan Eng. Berita tersebut menjadi bertambah panas apabila beberapa lagi sekutu Ramasamy seperti ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy dan beberapa lagi akan turut disingkirkan. Walau bagaimanapun rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara, pastinya mahu aktivis LTTE disingkirkan daripada kerajaan Perpaduan, pimpinan DS Anwar Ibrahim.

ANWAR! JANGAN BIARKAN DAP BERMAHARAJALELA TINDAS KAUM MELAYU SEPERTI KETIKA 22 BULAN PH BERKUASA

Terkini, dalam kerajaan baharu, DAP sedang mengasah taringnya setelah terbukti bahawa kaum Cina tetap bersamanya, tetapi tidaklah diketahui sama ada doktrin ‘use Malays to screw the Malays’ telah berjaya membantu PH melumpuhkan kekuatan parti Melayu seperti UMNO, PN, Pejuang dan PAS. Adakah Anthony Loke cuba berpura-pura apabila dia mendakwa DAP bukan parti yang anti-Melayu, bukan anti-Raja-Raja Melayu dan bukan anti-agama Islam. Hakikatnya terdapat banyak bukti telah menunjukkan bahawa terdapat agenda tersembunyi yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik, malah ada agenda yang mahu mengubah agama Islam sebagai agama rasmi negara. Loke kini adalah Setiausaha Agung DAP yang telah mengambil alih kuasa Lim Guan Eng dan mencairkan kuasa legasi Lim Kit Siang.

VIDEO – MAHATHIR GELABAH, DI MANA-MANA RAKYAT TOLAK GTA DAN PEJUANG

Rakyat sudah cukup menderita setelah Mahathir berkuasa selama 22 tahun dengan dasar penswastaannya yang telah banyak mencekik leher rakyat, tetapi mengkayakan kroni-kroni dan anak-anaknya. Setelah puas menjarah tenaga dan sokongan UMNO, Mahathir mahu membunuh UMNO, lantas tidak hairanlah selama 22 bulan berkuasa Mahathir telah menikam PH dari belakang. Kini entah beberapa bulan yang akan mendatang, Mahathir akan membunuh pula PUTRA, BERJASA dan IMAN, sebagaimana dia cuba membunuh UMNO, dan Bersatu tetapi gagal.

MEREKA TIDAK SETIA PADA PM, TETAPI TIDAK PULA MAHU PARLIMEN DIBUBARKAN

Tanpa mahu membicarakan soal ‘Langkah Sheraton’, soal khianat-mengkhianati dalam PH, soal PN mempergunakan Ordinan Darurat, soal menjarah wang negara RM600 bilion untuk memulihkan negara kononnya, soal pemimpin tua yang sudah hilang kudrat dan dijadikan boneka politik, soal ‘PKP separuh masak’ yang mengurung rakyat dan melumpuhkan ekonomi mereka, serta pelbagai lagi kegenjotan kerajaan ‘adhoc’ sehingga membawa kepada tiga kali perubahan PM dalam sepenggal, namun soal asas ialah kerajaan campuran PN, mahupun PH sebelumnya adalah tidak stabil dan amat goyah. Masakan ia boleh stabil sekiranya kabinet terdiri daripada kalangan yang saling bermusuhan, dan mempunyai  nakhoda masing-masing dengan hala tuju yang berbeza. Bayangkanlah bagaimana genjot dan bobroknya pentadbiran negara, sekiranya Pengerusi PN mengisytiharkan rakan pentadbiran negara iaitu UMNO sebagai ‘musuh utamanya.’

MAHATHIR! JANGAN HINA PENGUNDI MELAYU

Mahathir harus sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka mengundi PH pada pada PRU14.Kaum Melayu juga sedar tentang kronisme Mahathir yang lebih mengutamakankan kapitalis bangsa Cina, dan nepotismenya yang memetingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama semasa PRU14 kerana terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji manis manifesto yang bukan kitab ‘Bible’ seperti diperakui Mahathir. Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga dengan kerajaan Singapura.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: