Lantas, siapakah yang amat terdesak untuk bersama dengan DAP, mengharapkan sokongan DAP sekiranya gagal mendapatkan kuasa memerintah. Timbalan Presiden PAS telah mencanangkan bahawa PAS mahu menjadi ‘king maker’ selepas PRU15 sekiranya PN gagal memenangi jumlah majoriti. Adakah PAS juga tidak mengecualikan PH-DAP, sebagaimana mereka pernah berpelukan dengan DAP suatu ketika dahulu.
VIDEO – JATUHKAN HUKUM MASUK NERAKA JIKA UNDI BN DAN PH, ADAKAH UMAT ISLAM MEMAAFKAN?
Amatlah ironi, kontradik dan mengelirukan apabila PAS suatu ketika dahulu sanggup mengkafirkan UMNO, tetapi berpeluk-peluk dan bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Adakah perkataan hipokrit itu amat sesuai untuk PAS dan pemimpinnya? Setelah DAP tunjukkan kepada PAS siapakah mereka sebenarnya, baharulah PAS sedar dan mahu menyemarakkan perpaduan ummah bersama UMNO, tetapi kemudiannya menolak pula Muafakat Nasional. Apakah yang PAS mahu sebenarnya?
GEMPAR! HADI AWANG AKUI DIA PERANCANG UTAMA LANGKAH SHERATON
Walau bagaimanapun terbangkit juga persoalan dan polemik, mengapakah baharu sekarang Hadi Awang mendedahkannya? Adakah Hadi cuba memenangi hati pengundi untuk menyokong PN, yang masih di bawah kuasa PM ‘Gagal’ Muhyiddin Yassin? Atau Hadi cuba selamatkan Muhyiddin yang dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PH? Hakikatnya Muhyiddin cuba mengkhianati PAS dengan perjumpaan rahsia bersama PH untuk mewujudkan kembali kerjasama di bawah ‘khemah besar’ sebagai tanda bahawa dia tidak yakin pada PAS.
PH DAN KONCO-KONCO BANKRAP IDEA TERPAKSA KITAR SEMULA FITNAH KEMPEN PRU14
PH hakikatnya telah kehilangan isu untuk memusnahkan reputasi BN dan mereka sudah ‘muflis idea’. Anwar pula sememangnya sudah hilang sokongan kaum Melayu sebagaimana didakwa oleh Mahathir kerana ‘akidahnya yang boleh dipersoalkan’, menyokong pemurtadan umat Islam, moralnya yang rendah menyokong LGBT, dan kes seks songsangnya yang tidak putus-putus sebagaimana dakwaan Yusoff Rawther. DAP masih mahu mengangkat isu rasuah, tetapi mereka lupa bahawa Pengerusi DAP sedang bergelut dan tidak lama lagi akan disumbat ke penjara, kecuali jika terdapat komplot dengan Peguam Negara PN. Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin juga kehabisan modal dan masih dengan isu kleptokrat dan kluster mahkamah sedangkan dia sendiri berada dalam radar SPRM dalam isu menjarah RM600 bilion dana negara serta kes 1Bestari Net.
VIDEO – MAHATHIR KEHABISAN MODAL BANGKITKAN ISU ‘KAFIR’ UNTUK TARIK UNDI KAUM MELAYU-ISLAM
Mahathir dan media yang menjadi keldainya, sanggup membohongi rakyat dengan laporan berita bahawa dia tidak berada di tanah air ketika tragedi Memali itu, kerana dia mahu segala kesalahan diletakkan pada bahu Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Musa Hitam. Ramai yang melihat arahan PM ke-4 ketika itu adalah sesuatu yang ekstrem atau keterlaluan kerana orang-orang kampung Memali bukan pengganas sebagaimana tindakan KDN terhadap kumpulan Al-Maunah. Malahan pendekatan yang dikenakan oleh kerajaan Mahathir ketika PH berkuasa terhadap pengganas antarabangsa LTTE juga tidak sezalim tindakannya terhadap kaum Melayu-Islam Memali.