HADI AWANG DIKRITIK KERANA SALAH PILIH RAKAN SEKUTU POLITIK

Editorial

9 Ogos 2022

Bekas pemimpin PAS yang telah dipecat, Dr Khairuddin Aman Razali telah menkritik Presiden PAS, TS Hadi Awang, kerana tersalah memilih rakan sekutu politik dari Bersatu.

Sememangnya Hadi seperti rabun, masakan manusia yang dilabelkan pengkhianat oleh rakan sekutunya, serta penganalisis, boleh dipilih oleh parti yang berteraskan Islam sebagai rakan dalam kerjasama politik.

Parti Bersatu adalah parti picisan yang terdiri daripada katak-katak politik, yang kini tiada hala tuju.

Malah semasa PRU15 nanti mereka akan diterjemahkan sebagai gelandangan politik kerana Bersatu tiada akar umbi, manakala banyak Bahagian dan Cawangannya telah dibubarkan.

Presiden Bersatu sendiri, Muhyiddin Yassin tiada lagi keyakinan terhadap survival dirinya dan partinya, sedang bersiap sedia untuk bersara daripada politik selepas PRU15.

Bukan sahaja Dr Khairuddin, malah anakanda TGNA, Nik Mohamad Abduh juga mempunyai pandangan selari apabila dia mahu PAS meninggalkan PN-Bersatu, sebaliknya menumpukan pada kerjasa sama dengan UMNO, parti Melayu-Islam yang mempunyai 3 juta ahli akar umbi, serta kekuatan jentera pilihan raya yang mantap, tidak seperti parti ‘katak’ yang teraba-raba mencari dahan bertenggek.

Hadi Awang sepatutnya sedar, betapa Muhyiddin Yassin tidak meyakini PAS, dan telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Pengerusi Pejuang, Presiden Warisan dan juga pemimpin PH, untuk membina ‘khemah besar’ bagi menentang parti Melayu-Islam UMNO.

Ia satu pengkhianatan yang jelas terhadap PAS yang tidak dapat menerima ideologi politik PKR, dan Amanah apatah lagi DAP yang dilabelkan Mufti Pahang sebagai mendukung ciri-ciri ‘kafir harbi’.

Bagi Dr Khairuddin, Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang menjadi tunjang dalam perjuangan membela kaum Melayu-Islam sejak merdeka lagi.

Khairuddin berpendapat, Bersatu adalah ‘parti kecil’ dan hanya bergantung kekuatan orang lain. Lantas akan menjadikan PAS hanya sebagai batu loncatan, dan akan menendang rakan apabila dia rasa dia boleh berdiri sendiri.

Itulah yang telah dilakukan oleh Muhyiddin terhadap DS Najib Razak dan juga Tun Mahathir Mohamad.

Strategi PAS meletakkan kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan, dan kesilapan itu telah dibuktikan dalam PRN Melaka dan PRN Johor apabila Bersatu tersungkur teruk.

Malahan ketika 1.9 juta umat Islam berhimpun di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk menentang ratifikasi ICERD, di manakah Muhyiddin berada?

DAP-PH sememangnya sudah ketara mahu menghapuskan sistem Raja Berpelembagaan, dan menyusun agenda tersembunyi untuk menjadikan negara ini sebuah ‘republik kristian-zionis’ sebagaimana dicatatkan dalam buku ‘Armies of God’ tulisan Buchanan.

Ramai yang melihat dia adalah sebahagian daripada mereka yang cuba meratifikasikan ICERD untuk memusnahkan masa depan kaum Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Saya yakin sekiranya Presiden PAS mempertahankan hubu­ngan dengan UMNO, Bersatu pasti menurut kerana Bersatu parti kecil, dia bergantung kepada PAS.

“Itu hak Tok Guru (Hadi) sebagai Presiden, saya berbeza dengan beliau dan dalam bab ini, dan saya yakin bahawa strateginya tidak menguntungkan PAS.”

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata kejayaan memperbaiki hubungan dengan UMNO yang sudah lama berseteru dengan PAS sepatutnya dimanfaatkan Hadi dan dipertahankan bagi membentuk gabungan lebih kuat.

“Bersatu parti kecil, dia bergantung kepada PAS, (sepatutnya) PAS menentukan. Pertembungan lama yang panjang dengan UMNO bukan dengan Bersatu. Bila kita berjaya redakan dengan MN (Muafakat Nasional) ia mesti disambung, peluang dengan UMNO bukan Bersatu.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu turut mendedahkan, ada pemimpin parti turut menyuarakan sentimen sama berhubung kerjasama PAS dengan Bersatu, namun ramai memilih untuk bercakap ‘di belakang’ sahaja.

Bagi putera TGNA, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh, Muafakat Nasional harus dipertahankan kerana ia adalah sebaik-baik perjanjian.

Kata Nik Abduh, “Sebaik-baik perjanjian yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah semasa Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN).”

Ini adalah kerana ia perjanjian yang diberkati ALLAH SWT ‘dengan serta-merta’ dan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

MN telah menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, perjanjian berkenaan juga meruntuh segala marak kemarahan dan dendam serta terbinanya rahmat dan kasih sayang sesama umat.

“Jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun demi bersama menentang ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional (BN) masa itu, maka tidak malukah kita pada ALLAH SWT, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

“Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?” katanya.

Sifat Hadi Awang berubah setelah Muhyiddin Yassin memberikan jawatan Menteri kepada beberapa pemimpin PAS, malah Hadi diangkat sebagai Duta Khas pasif ke Timur Tengah, tetapi bertaraf Menteri.

Banyaklah dolak-dalik Hadi Awang yang diberikan untuk menolak MN, sedangkan akar umbi PAS seperti di Melaka, Johor dan juga Selangor, lebih suka PAS berkerjasama dengan UMNO daripada Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin Yssin yang kini labelkan sebagai pengkhianat setelah berlakunya komplot ‘Langkah Sheraton’.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: