15 AHLI PARLIMEN SEDIA LETAK JAWATAN – RANCANGAN MAHATHIR & TUN DAIM MENYOGOK RM 3.8 BILION UNTUK MENUMBANGKAN ANWAR

‘Orang dalam’ UMNO telah mendakwa 15 Ahli Parlimen, termasuk 2 Ahli Parlimen dari parti Anwar sendiri - PKR (Parti Keadilan Rakyat) - bersedia untuk menyokong blok Pembangkang, dan bertanding semula di bawah panji Pembangkang selepas peletakan jawatan beramai-ramai. Walaupun undang-undang anti-lompat menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti kecuali melalui pembelotan en-bloc, ia memungkinkan Zahid (sebagai Presiden UMNO) bersetuju untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, seorang Ahli Parlimen yang meletak jawatan bebas untuk menyertai parti politik lain dan masih boleh bertanding tanpa sebarang penalti. Ini disebabkan oleh kelemahan Akta - sama ada sengaja atau tidak tahu.

ADAKAH HADI AWANG SEDANG RANCANG GERAKAN TUMBANGKAN KERAJAAN PIMPINAN ANWAR?

Hari ini TS Hadi Awang yang popular dengan label ‘Duta Gaji Buta’ lagi sekali membangkitkan isu ‘atap bocor’ untuk melapik gerakan ‘tebuk atap’ sebagai kenyataan sinis kepada usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku pada penggal lalu (PRU14), dan janganlah mengganggu-gugat kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat, dan berikanlah peluang kepada DS Anwar Ibrahim untuk mentadbir, terutamanya dalam hal pemulihan ekonomi yang telah dicacatkan oleh Muhyiddin.

KATAK POLITIK YANG TIDAK LAGI RELEVAN DIGESA BERSARA

Azmin dituduh bertanggungjawab mengepalai 11 ahli parlimen PKR untuk berpaling-tadah menyokong Bersatu pada 2020 sehingga menyebabkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang. Walau bagaimanapun Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa dan PRN Selangor nanti akan memperlihatkan adakah Azmin masih relevan untuk terus aktif dalam arena politik negara. Kenyataan Azmin untuk ‘berehat’ pastinya akan mengecewakan pula pemilih di DUN Bukit Antarabangsa yang telah memberikan mandat kepadanya, kecualilah mereka juga telah hilang kepercayaan kepada Azmin.

GEMPAR! HADI AWANG AKUI DIA PERANCANG UTAMA LANGKAH SHERATON

Walau bagaimanapun terbangkit juga persoalan dan polemik, mengapakah baharu sekarang Hadi Awang mendedahkannya? Adakah Hadi cuba memenangi hati pengundi untuk menyokong PN, yang masih di bawah kuasa PM ‘Gagal’ Muhyiddin Yassin? Atau Hadi cuba selamatkan Muhyiddin yang dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PH? Hakikatnya Muhyiddin cuba mengkhianati PAS dengan perjumpaan rahsia bersama PH untuk mewujudkan kembali kerjasama di bawah ‘khemah besar’ sebagai tanda bahawa dia tidak yakin pada PAS.

MAHATHIR! JANGAN HINA PENGUNDI MELAYU

Mahathir harus sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka mengundi PH pada pada PRU14.Kaum Melayu juga sedar tentang kronisme Mahathir yang lebih mengutamakankan kapitalis bangsa Cina, dan nepotismenya yang memetingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama semasa PRU14 kerana terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji manis manifesto yang bukan kitab ‘Bible’ seperti diperakui Mahathir. Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga dengan kerajaan Singapura.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: