NAJIB BOLEH BEBAS JIKA TERBUKTI KOD ETIKA HAKIM TELAH DILANGGAR – YANA (Berita dari MalaysiaGazette)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh dibebaskan dari penjara secara serta-merta esok jika panel hakim bagi permohonan semakan kehakiman kes SRC International Sdn. Bhd. mendapati berlaku pelanggaran Kod Etika Hakim dan Perlembagaan Persekutuan. Hujah paling kuat ketika ini adalah sama ada keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah melanggar arahan mahkamah yang masih berkuat kuasa dan Kod Etika Hakim dalam Perlembagaan Persekutuan.

PEJUANG PARTI YANG HIDUP TAK BERGUNA, TAPI MATI TAK MAHU

Pejuang mempunyai empat kerusi DUN iaitu di Jitra, dan di Anak Bukit, Kedah, di Jeram dan di Kuang Selangor, yang mereka menangi ketika bertanding di bawah tiket Bersatu pada 2018. Mukhriz sedar survival atau kesinambungan hayat mereka bergantung kepada gabungan parti yang dominan seperti PN atau PH. Malangnya kedua-dua gagasan besar itu menolak Pejuang. Lantas, lebih baiklah Mukhriz menerima nasihat Tuan Ibrahim daripada hidup tak berguna, mati tak mahu.

ADAKAH SUMPAH MUBAHALAH DS NAJIB YANG DIANIAYA, SEDIKIT-DEMI SEDIKIT TERKESAN?

Gelagat kerakusan nafsu manusia mungkin boleh disembunyikan daripada makhluk Allah yang lain, namun Allah tahu setiap kelumit kejahatan dan kebaikan hati hambanya. Sumpah laknat atau sumpah mubahalah yang telah dibuat oleh DS Najib di masjid Kampung Baru pada 21 Ogos 2022, mungkin ditanggapi sebagai langkah tempang untuk mengelabukan rakyat dan masyarakat Islam seluruh dunia, namun ulamak bersetuju bahawa sumpah laknat tidak boleh dipermainkan. Namun hari ini, malah sebelumnya juga, beberapa peristiwa politik negara, termasuk tuduhan rasuah berprofil tinggi, seperti sedang memantulkan kesan sumpah mubalah DS Najib itu kepada pihak yang menganiaya dirinya.

PERANGKAP MAHATHIR TERHADAP UMNO TIDAK MENGENA, KINI DIA MAHU PERANGKAP PKR LAGI SEKALI

Dari sudut lain, adakah Anwar sebegitu bodoh untuk menyerahkan dirinya masuk ke perangkap Mahathir lagi? Macam-macam boleh berlaku apabila Anwar sendiri telah hilang arah dan sokongan daripada kaum Melayu. DAP tidaklah sebodoh Anwar, kerana ketika Mahathir menjadi PM ke-7 untuk selama 22 bulan, DAP telah berjaya menjadikan Mahathir boneka mereka.

ANWAR BOLEH DIBERIKAN PENGAMPUNAN DIRAJA, NAJIB TAK BOLEH. ADAKAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA PILIH BULU?

Dalam satu ceramahnya di Ipoh, Mahathir mendakwa rakyat akan kecewa jika Najib yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah dibebaskan. Tapi kesalahan ke atas Najib itu dihakimi oleh siapa? Bagaimanakah jika mereka yang terlibat seperti Hakim Nazlan dan bekas Gabenor BNM dalam kes 1MDB juga didapati bersalah, dan dengan itu hukuman ke atas DS Najib menjadi amat tidak munasabah? Tidakkah rakyat sedang menahan kekecewaan sekarang ini? Jika Mahathir boleh membawa petisyen pengampunan Anwar, kenapa rakyat dihalang membawa petisyen pengampunan untuk DS Najib? Sedangkan Mahathir bermati-matian medakwa bahawa dia tidak mahu peliwat menjadi PM.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: