USAHA DALAMAN UNTUK KUBURKAN WARISAN NIK AZIZ DALAM PAS

PAS pula terkenal dengan parti yang kuat berdendam. Kini PAS mula menyisihkan Nik Abduh, yang merupakan ahli Parlimen Bachok, apabila anak kepada bekas mursyidul am, Almarhum Nik Aziz ini, dilihat begitu kuat menyokong kerjasama antara UMNO-PAS. Adakah Haji Hadi tidak mahu bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional kerana, idea kerjasama dengan UMNO ini adalah idea Nik Abduh? Walaupun Nik Abduh adalah pemimpin yang senior dalam parti PAS namun nama beliau tidak berada dalam senarai tokoh-tokoh Pas yang diangkat sebagai Jemaah Menteri mahupun Timbalan Menteri ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dan sekali lagi tidak tersenarai sebagai pilihan dalam senarai Menteri Kabinet ketika Ismail Sabri menjadi PM.

PERISYTIHARAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BEBAS ADALAH SATU TAMPARAN KEPADA PAS

Khairuddin adalah antara beberapa pemimpin PAS, selain Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mempertahankan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, meskipun Hadi Awang seperti cuba menamatkan kerjasama dengan UMNO. Perisytiharan Khairuddin sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah satu tamparan libas kepada TS Hadi Awang yang telah kalah teruk di PRN Melaka dan terkini di PRN Johor setelah menang satu sahaja kerusi DUN daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

VIDEO: MUHYIDDIN DAN HAMZAH BERSEKONGKOL DENGAN MAFIA MACAU?

Namun isu tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila blog ‘Anotherbrickinthewall’ mempersoalkan ‘Adakah ‘kongsi gelab atau Mafia Macau mempunyai hubungan dengan majlis kutipan dana PN untuk PRN Johor?’ (Is Macau triad linked to PN's fund raising dinner for Johor state election?) Kini sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan Muhyiddin dan Menteri KDN Hamzah Zainuddin dengan tokoh Mafia Macau.

RASIONAL PENGGUGURAN JAWATAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AJK PAS PUSAT MESTI DIPERJELASKAN

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempersoalkan mengapakah PAS Pusat tidak menyatakan dengan terperinci alasan pengguguran Khairuddin dalam kepimpinan AJK Pusat? Sehubungan dengan isu pengguguran Khairuddin, bekas pemimpin PAS, Raja Kamarul Bahrin Shah membidas sikap pemimpin atasan PAS yang tidak demokratik, malahan demokrasi dalam PAS sudah mati.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: