APAKAH ADA KEADILAN UNTUK NAJIB APABILA PERBICARAAN MAHKAMAH BERCANGGAH DENGAN FAKTA DAN UNDANG-UNDANG?

Editorial

26 April 2022

Dalam perbicaraan SRC, DS Najib telah mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya yang menonjolkan kesilapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta sokongan fakta dan undang-undang supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan.

Antaranya Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta dan-atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tujuh pertuduhan ke atas beliau.

Melalui peguambelanya DS Najib mendakwa terdapat kesilapan serius dalam fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam alasan penghakiman masing-masing.

“Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan fakta atau inferens Mahkamah Tinggi yang tidak dibuktikan sepenuhnya, dan tidak menggambarkan keterangan secara menyeluruh.

“Kedua-dua mahkamah tersilap dalam fakta dan-atau undang-undang dengan gagal menilai bukti dengan betul dan gagal mengiktiraf perbezaan antara fakta terbukti dan tidak terbukti, dan antara inferens yang dibenarkan dibuat, dan tekaan semata-mata berdasarkan cadangan, dakwaan tidak berasas, sangkaan, syak wasangka, dan khabar angin,” hujah peguambela.

Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan-atau undang-undang dalam semua pertuduhan dengan menggunakan logik atau rasional yang bertentangan dengan keterangan lisan atau dokumentari sehingga mengakibatkan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan yang serius.

“Hak perbicaraan adil perayu dinafikan khususnya disebabkan oleh kegagalan yang jelas oleh pihak pendakwaan untuk membuat pendedahan pra-perbicaraan yang perlu bagi bahan yang tidak digunakan dan secara amnya dengan ketiadaan rejim yang ketat dan mandatori untuk pendedahan bahan yang tidak digunakan yang mampu menjejaskan kes pendakwaan atau membantu kes perayu,” hujah peguambela DS Najib lagi.

Dari rentetan perbicaraan kes SRC itu, seluruh negara sedang melihat bagaimana DS Najib telah dinafikan hak keadilan apabila bukti-bukti pembelaan ditolak, dan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi seperti konspirasi untuk ‘mengenakan’ pihak tertuduh.

Konspirasi serta campur tangan pihak eksekutif dalam badan kehakiman sebagaimana yang terlihat pada era pemerintahan PH, dilihat berulang pada era pemerintahan PN yang didominasi oleh bekas pemimpin PH juga. Malahan DS Najib dituduh seelok-elok PH menguasai Putrajaya pada 2018.

Segala perkembangan perbicaraan telah membangkitkan rasa empati dan simpati rakyat terhadap DS Najib sebagaimana ditunjukkan ketika beliau berada di tempat awam.

Kontradiknya kepada sokongan rakyat terhadap DS Najib, tertonjol pula kebencian rakyat terhadap PH dan PN sebagaimana diluahkan melalui PRN Melaka, PRN Johor serta tujuh PRK sebelumnya.

Kini rakyat seakan-akan telah membina persepsi bahawa terdapat campur tangan yang jelas apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang dahulunya adalah rakan sekongkol PH telah mendesak agar ‘perbicaraan kes ke atas DS Najib disegerakan.’

Ekoran itu timbul pula isu kebocoran laporan Political Engagement PAS Pusat atau heboh dilabelkan sebagai ‘PAS Leak’ yang selari dengan desakan Muhyiddin serta konspirasi PH sebelumnya.

Serangan pihak berkuasa bukan sahaja berlaku kepada DS Najib malah isteri beliau, anak-anak beliau dan peguambela beliau.

Sila rujuk Human Rights Watch

Modus operandi yang digunakan oleh konspirator itu sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura dalam usaha ‘membunuh’ parti pembangkang iaitu dengan dengan mencari apa jua kelemahan untuk diheret ke mahkamah sehingga mereka muflis.

Pihak pembelaan sedang memohon untuk mendapatkan pemerhatian daripada Queen’s Counsel (QC), United Kingdom supaya perbicaraan dan keputusan Mahkamah Persekutuan dibaut secara adil dan saksama.

Ia tidaklah aneh dan berkontradik dengan sistem Undang-Undang Malaysia, secara ia adalah berasaskan Common Law British.

Sekiranya pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhkan hukuman awal terhadap DS Najib adalah absah dari segi undang-undang dan fakta, maka pihak Mahkamah Persekutuan sewajarnya membenarkan kehadiran Queen’s Counsel (QC), United Kingdom itu.

Lantas segala buruk sangka dan persepsi terhadap konspirasi sebagaimana diperakui oleh bekas Peguam Negara ketika PH berkuasa, dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara akan dapat diketepikan oleh rakyat.

Malangnya pihak badan perundangan negara belum lagi menafikan perakuan Tommy Thomas tentang konspirasi menjatuihkan Najib, penglibatan keluarga bekas Gabenor Bank Negara dalam rasuah 1MDB, pendedahan bekas Ketua Polis Negara tentang campur tangan politik dalam badan kehakiman, ektradisi Jho Low yang menjadi saksi utama pembelaan, pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik yang didakwa Goldman Sachs sebagai pihak yang menerima rasuah, dan dakwaan bekas Ketua Hakim Negara bahawa Mahathir orang pertama yang masuk campur badan kehakiman.

Malahan kebocoran ‘PAS Leaks’ adalah selari dengan semua fakta berkenaan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: