JENAMA GABUNGAN TERBAHARU ‘MUAFAKAT UMMAH’ UNTUK JATUHKAN UMNO-BN PADA PRU15

Dari platform inilah terbentuknya ‘Muafakat Baharu’ yang mungkin dijenamakan sebagai ‘Muafakat Ummah’ atas saranan PAS, dengan agenda bahawa Melayu-Islam harus bersatu untuk memulihkan jurang perpaduan nasional, jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar serta kecelaruan politik akibat daripada lemahnya kuasa politik umat Islam.

APAKAH ADA KEADILAN UNTUK NAJIB APABILA PERBICARAAN MAHKAMAH BERCANGGAH DENGAN FAKTA DAN UNDANG-UNDANG?

Malangnya pihak badan perundangan negara belum lagi menafikan perakuan Tommy Thomas tentang konspirasi menjatuihkan Najib, penglibatan keluarga bekas Gabenor Bank Negara dalam rasuah 1MDB, pendedahan bekas Ketua Polis Negara tentang campur tangan politik dalam badan kehakiman, ektradisi Jho Low yang menjadi saksi utama pembelaan, pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik yang didakwa Goldman Sachs sebagai pihak yang menerima rasuah, dan dakwaan bekas Ketua Hakim Negara bahawa Mahathir orang pertama yang masuk campur badan kehakiman. Malahan kebocoran ‘PAS Leaks’ adalah selari dengan semua fakta berkenaan.

MAJLIS PRESIDEN PH MEMBISU TENTANG KES SOGOKAN GOLDMAN SACHS, SERTA SUAMI GABENOR BNM YANG MENERIMA DANA 1MDB

Tiada seorang pun dari NGO-NGO pro-PH, pemimpin-pemimpin PH ataupun puak kroni Tun Mahathir yang menuntut supaya tindakan diambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan pegawai 1MDB yang dirahsiakan nama-nama mereka yang telah disogok sehingga Goldman Sachs terpaksa membayar RM16.6 bilion sebagai kos penyelesaian kepada kerajaan Malaysia. Sebelum ini Majlis Presiden PH menyifatkan proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga penghujungnya. Mereka turut menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah dan pihak terlibat 'tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,' sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: