SIAPA KATA HAKIM KEBAL TERHADAP SABITAN JENAYAH?

Editorial

27 April 2022

Apakah motif Presiden PKR, Anwar Ibrahim menentang tindakan SPRM membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan menganggapnya sebagai melanggar prinsip institusi kehakiman?

Adakah kerana hakim berkenaan sedang mengendalikan kes DS Najib Razak yang menjadi ikon kemenangan BN-UMNO di PRN Melaka, Johor dan beberapa PRK sebelumnya.

Tidakkah Anwar juga menentang tindakan Dr Mahathir mencampuri urusan badan kehakiman sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad.

Sekiranya golongan dalam badan Kehakiman ini terbuka kepada rasuah, mengapa pula mereka tidak boleh disiasat dan didakwa?

Sedangkan institusi DiRaja sekalipun terbuka untuk dipersoalkan oleh undang-undang serta sempadan tindakan dan kedudukan yang diimbangi antara hak dan tanggungjawab raja-raja sebagai Ketua Utama Negara mengikut perisytiharan dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar mendakwa campur tangan SPRM dalam isu berhubung dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun Mohd Nazlan melanggar prinsip tersebut.

Lantas, Sabtu lalu SPRM dilaporkan telah telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan.

Doktrin pengasingan kuasa di antara badan eksekutif dan kehakiman, tidak bermaksud kekebalan penuh terhadap semua peruntukan undang-undang.

Bekas Menteri Undang-Undang, yang juga peguam, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, berkata, “Konsep pengasingan kuasa tidak bermakna mempunyai kekebalan terhadap semua peruntukan undang-undang.

“Ia merujuk kepada peraturan kendiri membabitkan sesetengah perkara tetapi tidak kesemuanya. Hakim adalah tidak kebal terhadap pendakwaan jenayah.”

Zaid juga merujuk kepada isu siasatan dijalankan SPRM terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Malahan sebelum ini pun sudah ada kes Hakim dan pegawai badan perundangan didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam kes rasuah.

Dalam isu yang membabitkan Nazlan Mohd Ghazali, terdapat beberapa polemik apabila dirinya diangkat oleh tangan ghaib untuk menghakimi kes SRC-1MDB yang membabitkan DS Najib Tun Razak, apabila sebelumnya dia adalah peguam MayBank yang terlibat dalam penubuhan SRC.

Malahan telah terdedah gambar dia bersama dengan Mukhriz Mahathir serta prasangka bahawa Nazlan ada hubungan kekeluargaan dengan Mahathir yang membangkitkan isu ‘kepentingan peribadi’ dan ‘public clamor’ dalam soal kehakiman.

Malahan pertukaran hakim di Mahkamah Tinggi yang terlihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghakimi DS Najib dalam kes berkenaan juga membangkitkan persoalan.

Anwar juga pernah diheret ke mahkamah dengan pelbagai spekulasi yang melibatkan Mahathir, dan dengan itu dia pasti sedar tentang konspirasi Mahathir di belakang tabir kesnya suatu ketika dahulu.

Adakah Anwar sudah termakan dengan kelicikan Mahathir apabila dialah yang mengadap DYMM Agong untuk mendapatkan keampunan terhadap dirinya (Anwar)?

Kontradiknya pada media antarabangsa dia menjaja bahawa dia tidak mahu seorang sodomis diangkat menjadi Perdana Menteri dan dua kali pula Anwar telah disumbat ke penjara. Tidakkah itulah juga yang sedang dibuat ke atas DS Najib?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: