SPEKULASI DILEMA ANWAR DAN ZAHID MENOLAK PEMBEBASAN NAJIB HANYALAH FITNAH DAN PERSEPSI LIAR YANG JAHAT

Lantas, apakah rasionalnya bagi YAB PM DS Anwar Ibrahim mahupun TPM, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menidakkan hak DS Najib dalam soal mendapatkan pengampunan DiRaja? Hakikatnya DS Anwar lebih faham tentang penganiayaan terhadapnya setelah dipenjara selama 10 tahun yang menjadi agenda tersembunyi ‘kleptokrat terkaya dunia’ sebagaimana yang dilabelkan oleh MSN dan beberapa media antarabangsa yang lain.

KES PENIPUAN ANAK HAMZAH ZAINUDDIN MENAMBAH DIDIH KEMELUT DAN HIPOKRASI PN

Selepas ini apakah lagi kebobrokan pihak yang bersekongkol menganiaya dan menzalimi DS Najib akan terdedah dan terbongkar. Rakyat masih ingat ketika Hamzah mencerca musuhnya dengan kenyataan “Jika kepala ikan sudah busuk maka busuklah ikan itu sehingga ke ekornya”. Sekarang rakyat sedang memerhatikan ikan manakah yang hakikatnya busuk dan sedang berenang dalam kolam najis.

DARI MANA MUHYIDDIN PEROLEH DANA SEDEMIKIAN BESAR UNTUK BIAYAI PRU15?

Nampaknya dengan pelantikan Anwar sebagai PM, ramailah yang akan kepanasan, termasuk Tun Mahathir serta kroni-kroninya. Walau bagaimanapun rakyat amat berharap agar Anwar turut membongkar segala musibah badan perundangan dan kehakiman negara yang telah dinodai oleh Tommy Thomas serta mereka yang turut terkait seperti Mohd Nazlan Ghazali, bekas Gabenor Bank Negara, serta pelantikan Ketua Hakim yang bercanggah dengan perlembagaan.

HIPOKRASI PH UNTUK LAWAN RASUAH DAN KEMUNGKARAN

Apabila Tommy Thomas yang merupakan peguambela kes rasuah Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara, tidak ada seorang pun dalam kalangan PH yang melihat isu ini sebagai rasuah politik (salah guna kuasa dalam lantikan politik). Bukan sahaja Tommy Thomas, malah lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, juga bersih dari rasuah sedangkan dia adalah antara pemimpin tertinggi PKR. Lantas PH nampaknya amat bersih dari rasuah dan itulah ‘keadilan’. Tetapi kontradiknya selepas itu banyak dakwaan politik dikenakan terhadap pemimpin UMNO meskipun siasatan membuktikan tiada asas tuduhan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: