Rupa-rupanya setelah didedahkan oleh DS Lokman Noor Adam semalam, barulah terbongkar bahawa Perkara 7, 8 dan 9 adalah sesuatu yang amat mendukacitakan rakyat yang mahu keadilan dan sistem kehakiman bebas daripada kuasa politik. Adakah perkara ini yang menjadi katalis desakan terhadap tindakan mahkamah yang kelihatan tergesa-gesa mahu menamatkan perbicaraan kes SRC, sehingga banyak hak pembelaan diketepikan termasuk bukti-bukti baharu, pemohonan khidmat Queen Counsel, pemohonan penangguhan kerana lantikan peguambela baharu dan beberapa perkara lagi.
VIDEO – MAHATHIR TELAH ROSAKKAN KELUHURAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA
Lantas semua bongkah-bongkah persoalan itu telah tersusun seia-sekata untuk mendakwa bahawa Mahathir telah merosakkan kesucian dan keluhuran badan kehakiman negara.
MENCARI KEADILAN YANG SUDAH ROSAK DI MAHKAMAH MALAYSIA
Bekas Menteri Undang-Undang, Datok Zaid Ibrahim menggesa Mahkamah Persekutuan untuk ‘melihat dengan serius’ permohonan DS Najib Razak bagi membatalkan sabitan beliau dalam kes SRC International kerana hakim perbicaraan yang telah menjatuhi hukuman ke atasnya didakwa mempunyai konflik kepentingan.
FBI TIDAK DAKWA NAJIB TERLIBAT
Seorang pegawai FBI dalam testimoninya di Mahkamah US memberitahu bahawa sejumlah AS$756 juta berkaitan 1MDB telah dipindahkan ke akaun DS Najib. Tetapi yang paling aneh, apabila bekas Peguam Negara PH, Tommy Thomas telah mengisytiharkan bahawa "adalah di bawah pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya memudahkan Jho Low dalam 1MDB". Namun penyiasatan ke atas bekas Gabenor itu dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan. Ia membuktikan bahawa isu ini disembunyikan daripada umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung 2020. Namun itu tidak membawa apa-apa makna untuk mendakwa DS Najib bersalah, kerana sesiapa sahaja boleh memasukkan wang ke akaun anda, apatah lagi sekiranya akaun bank anda itu adalah di bawah pengetahuan pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan anda .
APAKAH ADA KEADILAN UNTUK NAJIB APABILA PERBICARAAN MAHKAMAH BERCANGGAH DENGAN FAKTA DAN UNDANG-UNDANG?
Malangnya pihak badan perundangan negara belum lagi menafikan perakuan Tommy Thomas tentang konspirasi menjatuihkan Najib, penglibatan keluarga bekas Gabenor Bank Negara dalam rasuah 1MDB, pendedahan bekas Ketua Polis Negara tentang campur tangan politik dalam badan kehakiman, ektradisi Jho Low yang menjadi saksi utama pembelaan, pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik yang didakwa Goldman Sachs sebagai pihak yang menerima rasuah, dan dakwaan bekas Ketua Hakim Negara bahawa Mahathir orang pertama yang masuk campur badan kehakiman. Malahan kebocoran ‘PAS Leaks’ adalah selari dengan semua fakta berkenaan.