Nur Sajat, lelaki pondan yang menunaikan fardu haji di Tanah Suci, telah dicemuh dan diambil tindakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor, tetapi dalam media, pondan diberikan ruang yang bebas untuk beraksi, yang kadangkala diterjemahkan sebagai promosi ‘menghalalkan LGBT’.

Pada 6 Januari 2021, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita, sedangkan dia adalah lelaki, apabila dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terkini persembahan Alif Syukri dalam promosi lagu Kelepuk Raya, bukan sahaja dicemuh oleh netizen serta para penonton negara jiran, malahan ibu Alif Syukri sendiri mengutuk klip video berkenaan sebagai ‘seni tahi kucing’ kerana menampilkan watak-watak lelaki pondan yang galak menari dengan lentuk ‘sotong’ sebagai penari pengiring.
Anehnya Alif Syukri sendiri pandai menegur Nur Sajat dalam isu agama, tetapi masih menggunakan pondan dalam persembahannya yang secara tidak langsung menggalakkan lagi kewujudan lelaki ‘sotong’ sedemikian.

Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila berkongsi beberapa klip promosi lagu terbaharunya, Kelepok Raya yang menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan melentuk-liuk mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat dan ada ketikanya hanya bersinglet.
Aliff bertegas bahawa karya muzik bersempena Aidilfitri yang bakal dilancarkan kepada umum Rabu ini merupakan satu bentuk seni.
Ibu Aliff Syukri sendiri, Rozita Ibrahim memohon maaf bagi pihak anaknya Aliff Syukri atas keterlanjuran perbuatannya yang masih tidak serik mencetuskan kontroversi murahan.

Menurut netizen, penari latar yang menonjolkan imej ‘pondan’ itu dianggap tidak senonoh dengan tarian yang ‘overact’.
Malah, mereka turut merasakan ia kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada umum, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini.
Pada tahun lalu juga Aliff telahA menggunakan penari latar yang sama untuk menari di dalam muzik video lagu rayanya berjudul ‘Lala Raya’.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata klip video ‘Kelepuk Raya’ yang diringi watak penari ‘pondan’ berkenaan adalah kontradik dengan budaya ketimuran dan ajaran Islam.
Ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal setelah menempuh ujian dan tarbiah fardu puasa di bulan Ramadan yang mulia.
“Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana ketika semua umat Islam teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan mencari sebanyaknya pahala, seolah-olah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat takwa ini.
“Semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya perlu menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan, apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada amaran Allah terhadap Covid-19,” kata Idris menerusi catatan di laman FB rasmi beliau.
Idris menasihatkan agar klip video seumpamanya dikeluarkan daripada siaran di mana-mana platform media atau ditetapkan pada mod privasi untuk tatapan peribadi pemilik sahaja.
Amat ironi sekali apabila Kementerian Belia dan Sukan langsung tidak memberi respons terhadap siaran klip video berkenaan.
Sewajarnya definisi ‘seni’ hendaklah tuntas dan jelas supaya tidak memberi ruang kepada gejala dan indoktrinasi LGBT.
Negara yang berpegang teguh kepada ajaran Islam menolak LGBT, tetapi nampaknya Malaysia juga ibarat ‘sotong lembut’ yang masih memberi ruang kepada penyerapan nilai dan budaya ‘pondan’ itu.
Budaya LGBT bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia malah bertentangan dengan undang-undang negara termasuk Undang-Undang Syariah dan juga Undang-Undang Sivil.
Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mengamalkan tabiat LGBT tetapi malangnya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, hanya membisu terhadap isu sedemikian.
Adakah DS Nancy Shukri tidak peka terhadap gejala yang bertentangan dengan budaya negara ini?
*****
Tinggalkan Jawapan